Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harapkan pagar, pagar makan padi...

Nov 25, 2016 | 03:06 PM



SEORANG pegawai polis tambahan Certis Cisco terjumpa kad kredit seorang wanita di Singapore Expo dan menggunakannya untuk membayar rawatan pergigian iparnya serta barangan runcit berjumlah kira-kira $700.



Pada Jumaat (25 Nov), Narayana Samy Parthasarathy, 54 tahun, dihukum penjara lapan bulan selepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan - menggelapkan kad kredit Citibank Visa Rewards Cik Rosnita Abdul Rahim, dan menipu.



Empat tuduhan, termasuk dua tuduhan cubaan menipu, diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Kad kredit Cik Rosnita terjatuh di Singapura Expo pada 27 Dis 2015 selepas beliau menggunakannya untuk membuat pembayaran.



Narayana menjumpainya tetapi daripada berusaha memulangkan kad itu, dia menyimpannya.



Dua hari kemudian, dia mengiringi iparnya ke klinik Friends Dental Surgeons di Tampines Street 21 untuk rawatan pergigian, dan menggunakan kad itu untuk membayar bil $357.



Semasa siasatan, Narayana berbohong bahawa kad itu diserahkan kepadanya oleh bekas rakan sekerjanya, Encik Vijayan Ramasamy, yang meminjam wang daripadanya.



Dia mendakwa bahawa Encik Vijayan memberitahunya kad itu milik temanitanya, dan Narayana boleh menggunakannya untuk menolak hutang itu.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suhas Malhotra berkata sumber polis digunakan semasa siasatan akibat daripada maklumat palsu yang diberi Narayana.



Dia telah memulangkan jumlah penuh $700.75, iaitu jumlah pembayaran yang dibuatnya menggunakan kad itu.



DPP Suhas berkata faktor paling memburukkan kes itu ialah Narayana melakukan kesalahan tersebut sedangkan dia seorang pegawai polis tambahan beruniform.



"Kesalahan seperti ini boleh melemahkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan beruniform kita, dan ia wajib dihukum dengan berat," katanya.



Menarik perhatian bahawa Narayana telah melakukan kesalahan sebanyak lima kali, Hakim Daerah Samuel Chua berkata dengan setiap transaksi yang berjaya, Narayana semakin berani dan terus menipu dengan berbelanja di Mustafa Centre hingga urus niaganya tidak diluluskan pada 30 Dis.



"Satu hukuman berat perlu dikenakan ke atas awak untuk menghalang pesalah yang berfikiran sama melakukan kesalahan itu dan untuk mengekalkan kepercayaan yang orang orang ramai letak pada pegawai polis tambahan beruniform kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >