Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga air akan dinaikkan demi menjamin bekalan

Feb 07, 2017 | 12:26 PM



AIR dijangka lebih mahal di sini, kerana Singapura mahu menjamin bekalan air jangka panjang dalam menghadapi keadaan cuaca tidak menentu.



Kenaikan harga air serta langkah selanjutnya arah penyahgaraman, atau desalinasi, akan diumum pada Belanjawan akan datang.



Kenaikan harga akan membantu menjamin kebolehpercayaan infrastruktur air di negara ini, serta sokongan bagi sumber air yang boleh dipercayai tetapi lebih mahal, seperti seperti desalinasi.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata semasa lawatan ke Loji Desalinasi Tuas, yang sudah separuh siap, pada Selasa (7 Feb) bahawa harga air tidak pernah dikaji semula selama beberapa tahun dan ia kini terkurang.



Beliau menjelaskan adalah penting untuk menyokong pembaharuan infrastruktur air dan memastikan penghantaran air yang boleh dipercayai.



Beliau menekankan peri penting sumber air alternatif seperti desalinasi dalam menghadapi keadaan cuaca tidak menentu pada masa akan datang, dan berkata Kolam Air Linggiu di Johor boleh kering sepenuhnya jika cuaca kering berterusan selama dua tahun akan datang.



Air nyahgaraman salah satu daripada 'Empat Paip Nasional' Singapura, dan yang paling mahal kerana tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan garam dari air laut pada tekanan tinggi.



Dalam satu perkembangan terkini agensi air nasioanl PUB meminta pada Selasa (7 Feb) empat pemohon yang disenarai pendek - Keppel Infrastructure Holdings, Sembcorp Utilities, Tuas Power dan YTL Power International Berhad - mengemukakan cadangan bagi membangunkan loji desalinasi kelima di Pulau Jurong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >