Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga air meningkat sehingga 30 peratus

Kenaikan harga air dibuat dalam dua fasa, bermula 1 Julai ini
Feb 20, 2017 | 05:52 PM



HARGA air akan meningkat buat pertama kali dalam masa 17 tahun, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini.



Termasuk cukai, harga air akan meningkat sehingga 30 peratus dalam dua fasa. Kenaikan pertama akan berlaku mulai 1 Julai ini dan fasa kedua akan bermula 1 Julai tahun depan.



Bagaimanapun, bagi keluarga berpendapatan kecil dan pertengahan, golongan ini akan mendapat bantuan bagi menampung kenaikan ini.



"Kali terakhir harga air dinaikkan adalah pada 2000, hampir 20 tahun lalu. Kita perlu meningkatkan harga air agar ia sejajar dengan kos terkini bagi bekalan air," kata Encik Heng sewaktu pembentangan Belanjawan 2017 di Parlimen.



Pemerintah juga akan mengadakan cukai penjimatan air sebanyak 10 peratus ke atas Newater untuk pengguna perniagaan.



Peningkatan ini adalah kurang daripada $25 untuk sejumlah besar atau tiga suku perniagaan di sini, dan kurang daripada $18 untuk tiga suku isi rumah.



Selepas subsidi, 75 peratus isi rumah HDB akan menyaksikan peningkatan kurang daripada $12 sebulan dalam bil air mereka.



Isi rumah bagi flat satu dan dua bilik tidak akan menyaksikan sebarang kenaikan dalam bil mereka, kata Encik Heng.



Mereka akan menerima rebat U-Save sehingga $380 untuk setahun, dan peningkatan $120 dari $260.



Isi rumah tiga bilik akan menikmati rebat U-Save sebanyak $100, empat bilik ($80) dan lima bilik ($60).



Isi rumah bagi flat eksekutif dan jenis berbilang generasi akan menerima rebat U-Save tambahan sebanyak $40.



Kesemua peningkatan ini adalah tetap dan akan memberi penambahan kos sebanyak $71 juta setahun.



Kira-kira 880,000 isi rumah HDB akan memanfaatkan rebat ini.



Sementara itu, yuran bagi penggunaan saliran dan bawaan air akan disusun semula dan dijadikan satu yuran sahaja, menurut penggunaan.



Isi rumah yang menggunakan lebih banyak air, melebihi 40 meter padu, akan dikenakan kadar lebih tinggi bagi mendorong pengguna menjimat air.



Peningkatan harga air akan digunakan bagi menyenggara prasarana air Singapura, dan membiayai rawatan air yang lebih mahal seperti desalinasi.



Air di Kolam Air Linggiu di Johor membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan air di Singapura.



Singapura juga telah melabur dalam loji rawatan air dan Newater yang "mahal tetapi perlu", kata Encik Heng.



Permintaan bagi keperluan air dijangka meningkat melebihi seganda menjelang 2060.



Negara ini mendapatkan sumber air dari empat saluran utama - Newater, air dari kolam air dan kawasan tadahan, desalinisasi, dan air yang diimport.



Tarif bagi penggunaan air, yang dikira secara bulanan, kini dikadar $1.17 bagi setiap meter padu untuk 40 meter padu pertama, dan $1.40 bagi setiap meter padu selepas itu, tidak termasuk cukai.



Kadar ini akan meningkat sehingga $1.19 untuk 40 meter padu pertama dan $1.46 meter padu selepas itu mulai 1 Julai ini.



Harga baru adalah $1.21 dan $1.52 mulai 1 Julai 2018, tidak termasuk cukai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >