Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga ayam organik tidak berubah: FairPrice

Jun 04, 2022 | 05:30 AM



HARGA ayam organik $72.27 yang dijual di kedai FairPrice Xpress tidak berubah berbanding harga ia dijual sebelum larangan eksport ayam dari Malaysia kata seorang jurucakap NTUC FairPrice.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) jurucakap itu berkata:



"Harga ayam kampung organik yang dijual oleh Swiss Butchery kekal tidak berubah dari bulan sebelum larangan eksport Malaysia.



"Produk ini pada masa ini hanya boleh didapati di kaunter konsesi Swiss Butchery khusus untuk kedai terhad FairPrice Xpress."



Harga ayam organik dari Malaysia yang dijual di cawangan FairPrice Xpress itu menarik perhatian awam selepas gambar yang menunjukkan harganya dikongsi di dalam talian - sejurus sebelum Malaysia menghentikan eksport ayam ke Singapura.



Langkah itu telah menyebabkan sesetengah perniagaan menaikkan harga ayam dan produk ayam di sini.



Gambar yang menunjukkan bungkusan 'SB Whole Chicken' dengan label FairPrice itu menunjukkan ayam yang dibungkus pada 31 Mei dengan berat 3.212 kilogram dijual pada harga $22.50 setiap kilogram.



Beberapa warganet berkata gambar itu palsu dan disebar untuk mengapi-apikan kontroversi harga ayam.



Namun kelmarin, NTUC FairPrice dalam kiriman di Facebook menjelaskan bahawa harga pada label bungkusan ayam tersebut adalah betul.



FairPrice menjelaskan bahawa gambar yang tersebar itu merupakan label produk bagi "ayam kampung organik yang dijual di salah satu kaunter konsesi kami yang dikendalikan oleh Swiss Butchery".



"Produk ini dijual pada harga $22.50 setiap kilogram (mengikut tarikh pembungkusan label pada 31 Mei 2022), dan label produk juga menunjukkan produk itu mempunyai berat melebihi 3 kilogram kerana dua ekor ayam dibungkus bersama, ditimbang dan diberi harga di bawah label yang sama," jelas FairPrice.



Berikutan kiriman Facebook itu, yang sehingga tengah hari semalam mendapat 567 komen dan dikongsi lebih 1,000 kali, ramai warganet seolah-olah terpinga-pinga dengan harga yang dianggap tinggi itu.



Pengguna Facebook, Audrey Chen, menulis:



"Adakah $22.5/kg bagi ayam kampung betul? Saya tahu ayam kampung memang lebih mahal, tapi $22.5/kg macam tak masuk akal."



Tinjauan BH bagi ayam-ayam organik mendapati harga yang ditetapkan FairPrice itu serupa dengan harga yang ditetapkan penjual lain.



OpenTaste, perkhidmatan runcit dalam talian yang menjual barang makanan organik, menjual ayam kampung organik beku seberat 1 kilogram pada harga $23.99 setiap bungkus, sementara seekor ayam organik beku seberat 1 kilogram dijual pada harga $13.99.



Sasha's Fine Foods pula menjual ayam kampung lepas bebas yang diimport dari Australia pada harga bermula dari $32.90 bagi ayam seberat 1.2 kilogram.



Sebagai perbandingan, ayam kampung yang dijual di gerai-gerai di Pasar Geylang Serai rata-rata sekitar $10 seekor, sementara ayam biasa berharga $8.



Ayam organik diberi hanya makanan organik, yang tidak boleh mengandungi produk sampingan haiwan, antibiotik atau bijirin yang diubah secara genetik atau ditanam menggunakan racun perosak secara berterusan atau baja kimia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >