Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga barangan naik juga jejas peniaga

Perniagaan perlu berinovasi, susun semula struktur jika ia mahu kekal relevan, maju dan produktif
Sep 30, 2023 | 05:31 AM



Kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja menjejas isi rumah, tetapi juga perniagaan, kata Encik Azhar Othman, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Walaupun pemerintah telah memberikan subsidi dan sokongan kepada perniagaan untuk membantu mereka mengharungi peningkatan kos sara hidup, langkah ini mungkin tidak mencukupi, terutamanya untuk perniagaan kecil dan sederhana (SME).

“Perniagaan perlu membayar kos yang lebih tinggi untuk segala-galanya daripada sewa kepada gaji kepada pengangkutan dan utiliti. Peningkatan boleh sebanyak 30 peratus hingga 50 peratus secara purata, dan boleh menjejas sewa, utiliti dan barangan import.

“Ini boleh menjejas keuntungan mereka dan menghambat usaha mereka untuk bersaing,” kata Encik Azhar, yang juga Pengerusi Perniagaan DPPMS.

Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong telah mengumumkan Pakej Bantuan Kos Sara Hidup sebanyak $1.1 bilion untuk memberikan sokongan kepada isi rumah warga Singapura, dengan lebih banyak sokongan disasarkan bagi keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Apa yang tidak diumumkan secara ketara di dalam pakej tersebut adalah sokongan khas untuk membantu perniagaan, yang juga sedang menghadapi tekanan kos.

Encik Wong berkata, perkara yang paling penting untuk perniagaan ialah pemerintah “tidak boleh memberi subsidi secara kekal kepada perniagaan. Perniagaan mereka mesti kukuh, menguntungkan dan berdaya maju, katanya.

“Apa yang penting untuk perniagaan adalah untuk terus menyusun semula struktur mereka, terus menumpukan pada peningkatan rantaian nilai, menjadi lebih cekap, lebih produktif. Semua skim yang kami ada dalam Belanjawan setakat ini telah menyokong ke arah ini,” kata Encik Wong, yang juga selaku Menteri Kewangan.

Beliau menambah, dalam Belanjawan mendatang, pemerintah akan memikirkan cara untuk “membantu perniagaan di sepanjang laluan ini, bukan untuk menyokong perniagaan yang tidak berdaya maju”, tetapi untuk membantu mereka “menjadi lebih produktif dan lebih cekap, dan meningkatkan supaya mereka boleh menjadi lebih berjaya”.

Sementara DPPMS berusaha untuk membantu perniagaan menghadapi kos sara hidup yang tinggi dengan menyediakan khidmat nasihat perniagaan, latihan dan peluang rangkaian, Encik Azhar juga berharap pemerintah dapat memberikan lebih banyak sokongan kepada perniagaan seperti memanjangkan tempoh pinjaman kepada SME untuk jangka masa yang lebih lama kira-kira 3 hingga 5 tahun dan menjaminkan modal.

Antara sokongan lain yang boleh dihulurkan oleh pemerintah termasuk membantu perniagaan mempelbagaikan dan mengurangkan kos rantaian bekalan dan mengurangkan pergantungan mereka pada import, dan memberi lebih tumpuan kepada mengeksport barangan mereka dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa.

Beliau juga berharap pemerintah dapat memberikan lebih banyak sokongan kepada perniagaan untuk melaksanakan pendigitalan dan penyelesaian produktif lain untuk meningkatkan operasi mereka.

“Kami juga bekerjasama rapat dengan Enterprise Singapore dan pemerintah untuk berkongsi dan menyerlahkan skim sokongan yang tersedia untuk perniagaan.

“DPPMS menggalak perniagaan menyahut cabaran untuk menambah baik operasi perniagaan mereka, melibatkan diri dalam pendigitalan, inovasi, dan bekerjasama dengan DPPMS dan Enterprise Singapore. Perniagaan juga harus berani untuk memasuki wilayah baru di luar negara untuk mengembangkan pasaran dan hasil mereka,” kata Encik Azhar.

Selain DPPMS, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) juga sedang bekerjasama dengan syarikat untuk menubuhkan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) untuk mengubah perniagaan dan tenaga kerja mereka.

“Dengan berbuat demikian, syarikat boleh meningkatkan produktiviti mereka dan mengenal pasti peluang untuk mereka bentuk semula pekerjaan.

“Ini membolehkan pekerja menghadiri program latihan, melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk terus bekerja atau mengambil pekerjaan bernilai lebih tinggi,” kata Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >