Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Harga berpatutan, bantu golongan susah antara faktor korban luar dapat sambutan

Syarikat setempat yang kendali korban luar negara sudah terima antara 60-70% tempahan
Jun 17, 2022 | 05:30 AM



HARGA yang berpatutan dan peluang membantu golongan yang lebih memerlukan di luar negara adalah faktor yang mendorong permintaan menggalakkan bagi ibadah korban di luar negara.



Syarikat-syarikat pengendali korban luar negara yang membuat pengiklanan di Berita Harian (BH) berkata minat melaksanakan korban di luar negara terus meningkat.



Penganjur korban di luar negara sudah menerima antara 60 dengan 70 peratus tempahan sejak pendaftaran dibuka empat minggu lalu dan yakin tempahan akan terus dibuat beberapa hari lagi.



Sejauh ini, dianggarkan lebih 20,000 haiwan korban ditawarkan di luar negara, melibatkan negara serantau dan Afrika, Timur Tengah, Asia Tengah dan Australia.



Tinjauan BH mendapati ternakan haiwan di Indonesia mendapat lebih banyak perhatian bukan sahaja kerana harga yang agak rendah tetapi juga kerana syarikat setempat mempunyai ladang penternakan sendiri, seperti yang dimiliki oleh Jalaluddin Travel & Services dan Attawasol Insaniy.



Harga ibadah korban yang ditawarkan serendah $80 untuk sebahagian lembu di India atau $150 bagi seekor kambing di Malawi seperti yang ditawarkan oleh Nur Insan. Korban lembu dibahagi kepada tujuh bahagian.



Para pengendali melihat permintaan bagi khidmat korban di negara seperti Indonesia, Tanzania, Uganda dan Rohingya lebih tinggi kerana dagingnya diagihkan kepada golongan susah.



Harga tempahan korban kambing di beberapa tempat seperti di Australia agak tinggi, namun dagingnya boleh dihantar pulang dan diagihkan untuk keluarga di sini.



Menurut pengasas Darul Ayjal & Services, Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyal, ternakan korban yang ditawarkannya sudah pun 60 peratus habis ditempah dan yakin akan habis menjelang Hari Raya Korban. Syarikatnya menawarkan 50 lembu dan 500 kambing di Kemboja dan Indonesia.



"Sambutan dan pelaksanaan ibadah korban dari masyarakat Islam di sini untuk membantu warga miskin di luar negara memang cukup memberangsangkan.



"Kami yakin kesemua ternakan akan habis ditempah sebelum Hari Tasyrik nanti," kata Ustaz Ismail.



Syarikat Nur Insan pula menawarkan banyak pilihan melakukan korban di pelbagai negara seperti Malawi, Kenya, Uganda, Mozambique, Makkah, Sierra Leone, Bangladesh, Gambia, Medan, Lombok, Yaman, Palestin, India, Tanzania, Congo, Kemboja, Australia dan Myanmar.



Menurut Presiden Nur Insan, Encik Muhd Faaris Ameerjan, pelaksanaan ibadah korban di banyak negara kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.



Setiap negara mempunyai peraturan dan protokol keselamatan yang harus dipatuhi bagi mencegah penularan virus termasuk protokol korban yang perlu diikuti bagi menentukan kesihatan haiwan yang disediakan.



"Pihak Nur Insan memastikan pemilihan haiwan yang sempurna dan cukup syarat dan membeli haiwan lebih awal supaya dapat menawarkan harga berpatutan kepada para peserta," jelas Encik Muhd Faaris.



Mereka juga menyediakan haiwan korban lain seperti unta.



Beliau berkata 40 peratus daripada jangkaan tempahan sudah diterima dan mereka yakin bilangan tempahan akan terus bertambah sebelum tarikh tutup.



Menurut Forum Belia Islam (MYF) atau Al Ustaz, harga ternakan dan operasi naik sekitar 5-10 peratus pada tahun ini, namun pihaknya tetap menawarkan harga yang sama seperti tahun sebelumnya.



Mereka menjelaskan, harga ternakan korban daripada pembekal meningkat kerana inflasi dan kos tambahan dalam menguruskan operasi berskala besar dan dalam era endemik ini.



Namun, Al Ustaz menyerap kos tambahan itu bagi memastikan ibadah korban terus dimampui dan dapat dilaksanakan pelbagai lapisan masyarakat di Singapura ini.



Bagi Perdaus pula, hampir 60 peratus haiwan korban kendalian mereka sudah ditempah dan ia yakin tempahan akan terus bertambah sebelum tarikh tutup pada 30 Jun dan 5 Julai nanti.



Mengulas tentang ibadah korban ini, Eksekutif Kanan, Perkhidmatan Korporat, Perdaus, Cik Khatim Hamidon, berkata pihaknya menawarkan 600 kambing di Indonesia, 50 lembu di Kemboja dan 200 kambing biri-biri di Australia tahun ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >