Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga berpatutan di pusat penjaja

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



Budaya penjaja Singapura telah mendapat pengiktirafan Unesco dua tahun lalu. Menjelang Hari Kebangsaan, BERITA HARIAN akan paparkan beberapa siri laporan setiap minggu mengenai penjaja kegemaran Singapura untuk meraikan budaya penjaja Singapura. Dalam siri ketiga ini, BH menemu bual dua penjaja Pusat Makanan Adam's Road tentang cara mereka membantu mengekalkan budaya penjaja supaya berdaya tahan dan relevan melalui usaha mereka menjadi mentor kepada penjaja.




BUKAN sahaja harga makanan di pusat penjaja berpatutan, tetapi juga mendapatkan pengiktirafan Unesco dua tahun lalu.



Pemilik gerai Selera Rasa Nasi Lemak di Pusat Penjaja Adam Road, Dr Abdul Malik Hassan berkata ramai pelancong terkejut dengan harga yang ditawarkan penjaja setempat.



"Kalau pelancong-pelancong datang ke pusat penjaja, mereka terperanjat dengan harga-harga kita. Mereka lihat harga $3, harga $5," kata Dr Malik yang berkata pelancong biasanya makan di medan selera dan pusat membeli-belah apabila mereka berada di Singapura.



Selain itu pusat penjaja di sini mempunyai kelebihan kerana mengekalkan tahap kebersihan tinggi berbanding negara-negara lain.



Dr Abdul Malik berkata gerainya bermula pada 1998 oleh kedua ibu bapa Dr Malik, Allahyarham Haji Hassan Abdul Kadir dan Hajjah Aminah Haji K Omar, 71 tahun.



Beliau juga pengasas francais tempatan Crave Nasi Lemak dan memiliki 48 cawangan di pusat membeli-belah merata Singapura.



Usahawan berusia 50 tahun itu berkata bapanya merupakan inspirasi untuknya mengembangkan perniagaan nasi lemak.



"Daripada satu gerai dan kemudian memperkenalkan khidmat penghantaran bagi mendekati pelanggan, beliau (bapa) memberi saranan yang suatu hari nanti kami perlu membawa kedai kepada pelanggan."



Dr Abdul Malik menjelaskan bahawa pelanggan lebih muda lebih cenderung makan di Crave sebab ia lebih moden dari segi gaya dan pembungkusan.



"Mereka rasa sebegitu. Kalau untuk mereka yang biasa datang sini, mereka masih akan datang untuk menikmati suasana di Adam Road."



Merujuk kepada gerainya yang menjual lauk nasi lemak lain seperti begedil, otak-otak dan ayam goreng, Dr Malik berkata makanan tersebut sudah sepatutnya ada di dalam pusat penjaja.



"Budaya penjaja tidak akan pupus kalau generasi lama mendengar keinginan generasi baru."



Hasrat Dr Malik ialah untuk memupuk generasi penjaja pelapis dengan idea-idea mereka tidak berhenti di situ.



Malah, beliau menghulurkan bantuan kepada mereka dengan berbekalkan pengalamannya itu.



Menerusi satu inisiatif bimbingan Monsters Of The Deep, atau MOTD, Dr Malik akan kendalikan sesi permentoran hibrid sebulan sekali kepada 30 orang di bawah naungan beliau.



Di situ, mereka akan mempelajari tentang isu-isu seperti kendalikan kos dan sumber tenaga kerja.



Di luar MOTD pula, beliau mempunyai dasar pintu terbuka dan melakukan bimbingan secara berasingan kepada mereka yang memerlukan.




HAWKERS COLLECTIVE



HAWKERS Collective ialah program perusahaan sosial yang dilaksanakan dengan kerjasama NTUC Learning Hub dan bertujuan membantu penjaja baru raih pengalaman niaga makanan warisan Singapura.



Ia menyediakan wadah kepada calon penjaja atau bakal penjaja untuk belajar daripada Mentor Penjaja yang terkenal dan telah berjaya bagi menyokong calon penjaja memulakan gerai mereka sendiri dan mengekalkan Legasi Makanan Warisan Singapura.



Seramai 10 penjaja yang menjadi mentor dalam program ini untuk membantu calon penjaja atau bakal penjaja merentasi landskap penjaja Singapura.



Antara penjaja-penjaja berpengalaman yang menjadi mentor dalam program ini adalah Encik Zainnudin Sajat pengasas rangkaian gerai nasi ayam Aspirasi dengan cawangan di serata Singapura dan Encik Sumadi Sapari pemilik gerai Selamat Datang Warong Pak Sapari Mee Soto dan Mee Rebus di Pusat Makanan Adam Road dan telah menyertai beberapa acara 'Singapore Day' di luar negara.



Gerai francais pertamanya, Mee Shiok!, yang menjual mi soto, mi rebus dan bubur ayam, baru dibuka di Pusat Penjaja Old Airport Road pada 23 Mei lalu dan diuruskan oleh penjaja baru Cik Marliya Munawar, 55 tahun.



Untuk keterangan lanjut mengenai Hawkers Collective, sila layari https://www.hawkerscollective.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >