PREMIUM bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur bagi bidaan kedua bulan ini.
Premium COE kereta hingga 1,600cc dan 130bhp atau Kategori A ditutup pada $28,000, turun daripada $30,209.
Ini merupakan kali kedua premium COE bagi kereta lebih kecil dalam kategori itu jatuh bawah $30,000 sejak Julai.
Premium COE kereta lebih 1,600cc atau 130bhp yang di bawah Kategori B pula susut kepada $31,307 berbanding $32,001.
Bagi Kategori Terbuka (Kategori E), yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, premium COE naik daripada $31,801 kepada $32,000 .
Sementara itu, premium COE bagi motosikal (Kategori D) ditutup pada $4,214, turun daripada $4,390 dalam bidaan terakhir.
Premium COE bagi kenderaan komersial termasuk kenderaan barangan dan bas (Kategori C), pula naik sedikit daripada $27,001 kepada $27,104 .
Sebanyak 6,865 bidaan telah diterima, dengan kuota sebanyak 4,835 COE yang disediakan.