Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE ditutup tinggi dengan lebih banyak tempahan diterima

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori dalam bidaan terkini semalam, dengan lebih banyak tempahan diterima sejak bidaan sebelum ini.



Bagi kenderaan Kategori A atau kereta 1,600 cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130 bhp, premiumnya ditutup pada $47,000 berbanding $46,689 tiga minggu lalu.



Premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B pula naik kepada $62,600 daripada $61,001.



COE bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan, namun biasanya digunakan bagi kereta besar, pula merosot sedikit kepada $64,700 daripada $64,901.



COE bagi kenderaan komersial yang termasuk kenderaan muatan dan bas, hampir tidak berubah, iaitu $40,001 berbanding $40,010 dalam bidaan lalu.



Premium motosikal pula ditutup pada harga $9,689, naik berbanding $9,500 pada 18 Ogos.



Pemerhati industri berkata kuota yang lebih kecil, pembukaan semula ekonomi bulan lalu selepas sekatan Covid-19 terkini dilonggarkan serta tempoh tiga minggu antara bidaan terkini dengan bidaan sebelum ini menyumbang kepada bidaan yang lebih agresif.



Biasanya tender diadakan setiap dua minggu atau dua kali sebulan.



Namun oleh kerana sesetengah bulan tempohnya lebih lama, jarak tempoh tiga minggu antara bidaan itu kadangkala berlaku.



Ini selalunya menyebabkan premium meningkat lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >