Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE kenderaan komersial cecah paras tertinggi baru $81,802, kereta kecil hampir capai rekod

COE
Nov 24, 2022 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kenderaan komersial mencapai pada paras tertinggi dalam sejarah apabila tender ditutup semalam.



Harga bagi kereta lebih kecil pula hampir mencapai paras tertingginya.



Bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp serta kenderaan elektrik (EV) hingga 147bhp, harga COE-nya ditutup pada $90,589.



Harga yang meningkat 3.8 peratus itu hampir mencapai harga ter-tingginya yang dicatat pada Januari 2013, iaitu $92,100.



Menyusuli harga rekod pada 2013 itu, pemerintah memperkenal langkah-langkah penyejukan.



Harga COE bagi kenderaan komersial mencatat kenaikan terbesar semalam, sebanyak 7.2 peratus untuk mencecah rekod baru $81,802.



Bagi kategori lain, COE-nya ditutup pada harga lebih rendah.



Harga COE bagi kereta lebih 1,600cc atau 130 bhp atau EV melebihi 147bhp ditutup 1.3 peratus lebih rendah pada $113,881.



Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi, ditutup 2.2 peratus lebih rendah pada $114,009.



Harga COE motosikal pula ditutup 4.5 peratus lebih rendah pada $12,589.



Kenaikan harga COE kenderaan komersial menghairankan peniaga kenderaan, lapor The Straits Times.



Sumber-sumber perdagangan juga mengatakan bahawa langkah untuk mendaftar EV dan kenderaan komersial ringan petrol sebelum pengurangan insentif cukai untuk model itu adalah antara faktor harga COE kategori itu meningkat.



Para spekulator juga dikatakan mengambil kesempatan kuota COE yang lebih kecil untuk meningkatkan harga jualan semula kertas Skim Penggantian Awal Kenderaan (ETS).



Skim itu memberi insentif konsesi COE kepada pemilik kenderaan komersial dan bas diesel jika mereka menggantikan kenderaan mereka dengan model lebih baru dan bersih.



"Dengan meningkatkan harga COE, para spekulator ini boleh mengenakan bayaran lebih tinggi untuk kertas-kertas ETS yang mereka ada," kata seorang pengurus kanan sebuah firma kenderaan tersenarai.



"Bilangan kertas ETS lebih banyak daripada COE yang ada. Jadi mereka akan berpeluang untuk lebih banyak walaupun mereka terpaksa simpan lama COE yang tinggi harganya itu," kata beliau.



Faktor lain yang menyebabkan harga COE naik, kata pemain industri, termasuk tindakan giat musiman untuk memenuhi sasaran jualan pada akhir tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >