Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE kereta jatuh

Feb 09, 2017 | 07:46 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan bagi kereta jatuh pada tender terkini pada Rabu (8 Feb), sedang bekalan COE lebih besar, sehari selepas Pemerintah meminda undang-undang untuk mengekang lebih ketat pengendali kereta sewa privet.



Premium COE bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp jatuh 4.9 peratus ke $48,401, manakala bagi kereta melebihi 1,600cc atau 130bhp, ia lebih rendah pada $48,209, turun 8.7 peratus.



Harga COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sembarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta lebih besar, ditutup 7.7 peratus lebih rendah pada $48,556.



Bidaan COE kereta didorong secara agresif oleh kehadiran pengendali kereta sewa privet seperti Uber dan Grab. Sejak ketibaan mereka pada 2013, jumlah kereta sewa dan kereta sewa privet telah meningkat tiga kali ganda ke lebih 50,000 pada akhir 2016.



Dengan peraturan lebih ketat dijangka, orang ramai tidak akan mendapati memandu kereta sewa privet sebagai mata pencarian atau untuk menambah pendapatan menarik seperti sebelum ini, kata pemerhati industri.



Keperluan mempunyai lesen vokasional dan pelekat pengenalan tidak boleh diubah antara syarat yang akan dilaksana bagi industri kereta sewa privet tahun ini.



Harga COE bagi kenderaan komersial naik 4 peratus ke $48,901, manakala bagi motosikal meningkat 5.9 peratus ke jumlah rekod lima bulan $6,412.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >