Harga COE kereta kecil catat penurunan besar
HARGA sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup rendah semalam, dengan premium bagi kereta kecil mengalami kejatuhan terbesar.
Harga COE bagi kereta kecil bawah 1,600cc dan 130bhp ditutup pada paras $27,000 berbanding $36,704 dua minggu lalu.
Harga COE bagi kereta besar 1,600cc ke atas atau 130bhp pula ditutup pada $42,564, berbanding $48,010 sebelumnya.
Premium bagi COE Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, tetapi kebanyakannya digunakan bagi membeli kereta besar, turun kepada $47,000 berbanding $52,502 sebelum.
Harga COE bagi kenderaan komersil pula turun daripada $28,559 kepada $27,400 manakala premium motosikal turun sedikit kepada $3,202, berbanding $3,352.