Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tender COE terkini

Harga COE kereta meningkat, tapi masih berada di paras paling rendah dalam hampir sedekad

Jul 18, 2018 | 05:03 PM



 





Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta lebih tinggi selepas tender terkini ditutup pada Rabu (18 Julai), mencadangkan permintaan kereta yang meningkat selepas harga COE jatuh ke paras paling rendah dalam lapan tahun sejak dua minggu lalu.



Harga COE bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130 kuasa kuda brek (bhp) ditutup pada $32,699, lebih tinggi berbanding $25,000 sebelum ini.



Harga COE bagi kereta lebih 1,600cc atau 130bhp ditutup pada $32,551, meningkat daripada $31,000.



Bagi COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, harganya ditutup pada $32,809, lebih tinggi daripada $31,001.



Walau harga COE meningkat, premium kereta masih berada di kadar paling rendah dalam hampir sedekad.



Dalam pada itu, harga COE bagi kenderaan komersial merosot daripda $31,092 kepada $30,889. Harga COE motosikal juga jatuh daripada $6,189 kepada $6,514.



Penjual kereta dan pihak berkepentingan lain industri ini, bercakap kepada akhbar The Straits Times, berkata bekalan COE dari bulan depan dijangka ditingkat, untuk mengekalkan premium pada harga stabil sehingga akhir tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >