Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE kereta naik

Jan 06, 2017 | 08:41 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan bagi kereta naik sedikit dalam tender pertama tahun ini (2017).



Premium bagi kereta kecil, hingga 1,600cc dan 130bhp, ditutup pada $50,101 - naik $350, iaitu 0.7 peratus - daripada $49,751 dua minggu lalu.



Harga COE bagi kereta lebih besar, lebih 1,600cc atau 130bhp, naik 3.9 peratus kepada $53,106 daripada $51,109.



Bagi COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar, harganya naik 5.2 peratus kepada $53,001 daripada $50,389.



Penjual kenderaan berkata keputusan bidaan itu tidak dijangka kerana pasaran agak lembap memandangkan cuti akhir tahun.



Ada berkata permintaan COE itu mungkin didorong syarikat kereta sewa privet menambah jumlah kenderaan mereka.



Syarikat-syarikat itu meminjamkan kenderaan mereka kepada pemandu perkhidmatan kereta sewa privet Grab dan Uber.



Sementara itu, harga COE kenderaan barangan dan bas turun 6.5 peratus kepada $46,302 daripada $49,500.



Harga COE motosikal juga jatuh, daripada $6,101 kepada $6,053, iaitu sebanyak 0.79 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >