Harga COE lebih rendah bagi semua kategori
Aug 22, 2019 | 05:30 AM
SEMUA Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru yang dikeluarkan semalam - sedang pengguna mengambil sikap berhati-hati ekoran prospek ekonomi yang tidak menentu.
Bagi Kategori A, untuk kereta sehingga 1,600cc dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, harga COE ditutup pada sekitar $31,900 - merosot daripada kira-kira $32,700 dalam bidaan sebelumnya.