HARGA Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) untuk motosikal mencecah rekod tertinggi dalam pembidaan bagi tempoh November-Januari sedang harga naik merentas kategori lain.
Harga COE motosikal ditutup pada $10,000, meningkat daripada paras tertinggi sebelumnya iaitu $9,689 yang dicatatkan dua minggu lalu dan pada September 2021.
Untuk kereta Kategori A, atau kereta 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, harganya naik dari $57,599 dalam bidaan sebelum ini kepada $57,898
COE untuk kereta yang lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B pula meningkat kepada $82,001 daripada S$77,700.
Bagi kenderaan komersial pula, termasuk kenderaan barangan dan bas, COE bagi kategori ini meningkat kepada $43,001 daripada $42,200 dalam pembidaan sebelumnya.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi lazimnya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$83,911 daripada S$82,501 - kenaikan sebanyak 1.7 peratus.
Kategori yang paling stabil adalah untuk kereta sehingga 1,600cc dan 130hp. Ia telah meningkat hanya $299 atau 0.5 peratus kepada $57,898.
Kategori itu juga menyaksikan pembidaan kurang bertenaga kali ini. Sehingga 20 minit sebelum tamat latihan, masih terdapat kurang bidaan yang diterima daripada kuota yang diperuntukkan.
Pembidaan seterusnya bermula dari 7 Feb hingga 8 Feb.
Bagi Februari hingga April, kuota berada pada paras terendah sedang pemerintah mengekalkan kadar pertumbuhan sifar bagi kenderaan Singapura sehingga 31 Jan, 2025.