Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE motosikal cecah paras terendah dalam tempoh setahun

Aug 23, 2018 | 06:00 PM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) rata-ratanya ditutup lebih rendah dalam tender terkini hari ini (23 Ogos).



Premium bagi motosikal juga mencapai paras paling rendah dalam tempoh setahun.



Harga COE bagi motosikal ditutup pada $4,889, terendah sejak premium sebanyak $3,512 yang dicapai selepas tender pada 23 Ogos tahun lalu.



Premium terkini bagi motosikal itu juga lebih rendah berbanding harga COE $5,514 dalam tender sebelum ini.



COE kereta hingga 1,600cc dan 130bhp ditutup pada harga $31,997 – turun daripada $33,798.



COE kereta lebih 1,600cc atau 130bhp pula ditutup pada harga $32,429 – turun daripada $34,381.



Bagi COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, harganya ditutup pada $32,311, turun daripada $33,420.



Dalam pada itu, harga COE bagi kenderaan komersial turut merosot daripada $30,389 kepada $29,902.



Sebanyak 7,717 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 4,727 diperuntukkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >