Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE naik bagi semua kategori

Mar 10, 2016 | 10:26 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan naik bagi semua kategori dalam pusingan terbaru bidaan pada Rabu (9 Mac), dengan kenderaan barangan dan bas mencatat peningkatan terbesar.



Malah, harga COE kenderaan barangan dan bas (Kategori C) kini lebih tinggi daripada semua kategori lain.



Ia naik sebanyak $3,889, daripada $45,001 kepada $48,890.



Harga COE bagi Kategori A (kereta hingga 1,600cc dan 130bhp) meningkat daripada $43,000 kepada $45,000, manakala bagi kereta lebih 1,600 cc (Kategori B) ia meningkat daripada $46,970 kepada $47,604.



Ini peningkatan kedua berturut-turut bagi COE Kategori B selepas berkurangan kepada $38,610 pada bidaan pertama pada Februari.



Sementara itu, harga COE bagi kategori terbuka meningkat daripada $45,009 kepada $48,002, manakala bagi motosikal pula naik sedikit, daripada $6,353 kepada $6,503.



Kategori terbuka boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menerima 7,864 bida dan 3,985 daripadanya berjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >