Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE naik rentas semua kategori

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



HARGA bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) meningkat merentas semua kategori pada bidaan yang ditutup semalam.



Ini merupakan bidaan pertama sejak premium COE mencecah paras $100,000 dalam dua kategori pada 8 Jun.



Harga untuk kereta dengan enjin lebih besar daripada 1,600cc atau 130bhp dan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) dengan kuasa sehingga 110 kilowatt naik 5.3 peratus daripada $100,684 kepada $106,001.



Dalam kategori terbuka, yang biasanya digunakan untuk mendaftarkan kereta yang lebih besar, premium berakhir pada $104,400 , iaitu 3.7 peratus melebihi $100,697 yang didaftarkan sebelum ini.



Harga untuk kereta yang lebih kecil dan EV yang kurang berkuasa juga naik 1.6 peratus daripada $73,801 kepada $74,989.



Harga COE kenderaan komersial meningkat sebanyak $9 ditutup padda $53,011.



Harga COE untuk motosikal naik 3 peratus, daripada $10,000 kepada $10,302.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >