Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Harga COE naik sebelum kuota kecil Februari

Setempat
27
0

Harga COE naik sebelum kuota kecil Februari

Jan 21, 2021 | 05:30 AM

HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) lebih tinggi selepas tender terkini semalam.

Ini disebabkan penjual kenderaan yang cuba mendapatkan seberapa banyak COE yang boleh sebelum kuota lebih kecil berkuat kuasa bulan depan, lapor The Straits Times.

Bagi kereta 1,600 cc, atau 1.6 liter dan 130 brek kuasa kuda (bhp), harga COE-nya meningkat daripada $40,609 kepada $43,501.

Harga COE bagi kereta lebih 1,600cc atau 130bhp pula meningkat daripada $49,001 kepada $50,100.

Dalam pada itu, harga bagi COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan kecuali motosikal, tetapi biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, meningkat daripada $49,489 kepada $51,900.

Bagi kenderaan komersial pula, harga COE meningkat paling tinggi, daripada $35,900 kepada $40,999.

Harga COE motosikal pula meningkat daripada $7,501 kepada $7,589.

Pemerhati pasaran kenderaan di Singapura berkata syarikat penghasilan kereta sedang memberi tekanan ke atas penjual kereta di sini untuk menggantikan penjualan yang merosot di hampir setiap pasaran.

Di Singapura, bilangan kereta yang dijual ditentukan kuota COE dan bukan keadaan ekonomi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3