Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE rata-rata meningkat

Feb 08, 2019 | 06:58 PM



HARGA bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) rata-rata ditutup lebih tinggi meskipun dengan cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, dengan orang ramai bersaing bagi jumlah bekalan sijil yang lebih kecil.



Premium COE biasanya susut selepas Tahun Baru Cina kerana penjual kereta tutup kedai sempena cuti perayaan itu dan pembeli bercuti.



Namun kali ini, hanya premium COE bagi kereta Kategori A, atau sehingga 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, yang ditutup lebih rendah iaitu $25,689, berbanding $26,170.



COE bagi kereta lebih besar dan lebih bertenaga dalam Kategori B pula naik daripada $33,989 kepada $34,509.



Sementara itu, bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan terutamanya buat kereta besar, premiumnya meningkat kepada $35,310, berbanding $33,689.



COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan barangan dan bas, turut naik sedikit kepada $26,378 daripada $26,230 sebelum ini.



Premium motosikal pula ditutup pada $3,709, naik daripada $2,889 dalam bidaan terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >