HARGA sijil hak memiliki kenderaan (COE) jatuh merentasi kebanyakan kategori pada penghujung pelaksanaan pembidaan pertama 2022 semalam, berbanding ramalan awal bahawa premium akan terus meningkat selepas ia meningkat pada akhir tahun lalu.
Premium untuk kereta lebih besar melebihi 1,600cc atau 130bhp jatuh pada kepada harga $77,700 - penurunan 4 peratus daripada $80,989.
Selepas mencecah paras tertinggi dalam masa enam tahun pada akhir tahun lalu, premium bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp juga berakhir lebih rendah semalam, ditutup pada harga $57,599.
Ini merupakan 2 peratus lebih rendah berbanding $58,801 pada 22 Disember tahun lalu.
Premium bagi COE Terbuka pula, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi selalunya bagi kenderaan lebih besar, turut jatuh kepada $82,501 daripada $83,889 pada bidaan sebelum ini.
Harga COE bagi kenderaan barangan dan bas juga berakhir 4 peratus lebih rendah pada harga $42,200, berbanding $44,000 dua minggu lalu.
Sementara itu, harga COE motosikal satu-satunya harga COE yang naik semalam tetapi hanya sedikit.
Premium kategori itu tutup pada harga $9,689 - $88 lebih tinggi daripada $9,601 pada tender sebelumnya, lapor The Straits Times.
Pada tender semalam, 2,436 bidaan diterima untuk kuota 1,800 COE yang tersedia.