HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam tender terkini, sekali gus melihat permintaan untuk kereta baru berkurangan dengan adanya bekalan kereta terpakai yang banyak.
Bagi kereta Kategori A, atau 1,600cc ke bawah dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada harga $28,457, naik daripada $28,000 dalam bidaan dua minggu lalu.