HARGA pam minyak terus turun, susut hingga tujuh sen seliter, iaitu paras terendah dalam empat bulan.
Menurut Fuel Kaki, penjejak harga pam yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Singapura (CASE), harga diesel kini antara $2.91(Sinopec, SPC) dengan $2.93 (Caltex, Shell).
Harga diesel lebih $3 seliter dua minggu lalu.
Bagi petrol, harga purata minyak 92-octane ialah $2.89 seliter. Dua minggu lalu, harganya $3.30.
Harga 95-octane, yang lebih popular, secara purata ialah $2.94 seliter, kecuali di SPC yang menetapkan harga lebih rendah 1 sen, iaitu $2.93.
Harga 98-octane, yang sebenarnya diperlukan hanya segelintir kereta, ialah $3.41 seliter, kecuali di Shell, iaitu $3.43 seliter.
Pengurangan itu berlaku berikutan penurunan harga bahan api secara borong.
Petrol RBOB, iaitu proksi bagi petrol yang ditapis, terakhir didagangkan pada harga AS$2.99 ($4.15) segelen - terendah sejak Mac.
Pemerhati industri berkata inflasi yang meningkat dan kebimbangan berlaku kemelesetan membuat orang ramai mengurangkan pemanduan dan penggunaan kenderaan.
Selepas diskaun, petrol 92-octane di Caltex antara $2.37 dan $2.43 seliter, manakala Esso antara $2.37 dan $2.49.
Bahan api 92-octane paling murah di Sinopec, iaitu $2.30 seliter.
Antara pengendali yang mempunyai rangkaian stesen terbesar, Caltex menawarkan 95-octane pada harga $2.41 dengan kad OCBC 365, dan $2.41 bagi pelbagai kad lain, manakala harga Esso antara $2.41 hingga $2.53.