Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga diesel, petrol turun kali kedua minggu ini

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



HARGA pam susut buat kali kedua minggu ini dengan Esso dan Caltex menurunkan harga pada pagi semalam.



Menurut Fuel Kaki, penjejak harga pam yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (CASE), Esso mengurangkan harga sebanyak enam sen seliter secara keseluruhan, manakala Caltex menurunkan harganya sebanyak tiga sen.



Harga diesel di kedua-dua pengendali itu termasuk Shell kini berharga $2.74 seliter, berbanding $2.76 di Sinopec dan SPC.



Seliter 92 Oktana berharga $2.71 di Esso sementara $2.74 di Caltex dan $2.77 di SPC.



Kedua-dua Shell dan Sinopec tidak menawarkan 92 Oktana.



95 Oktana yang popular berharga $2.76 di Esso dan Shell, manakala di Caltex harganya $2.79 seliter sementara di SPC harganya $2.81 dan $2.82 seliter di Sinopec.



Gred 98 Oktana, yang digunakan oleh minoriti kenderaan di sini, berharga $3.37 di Shell, dan $3.32 di tempat lain.



Gred 98 Oktana premium bagi kedua-dua SPC dan Sinopec berharga $3.29 sementara Shell menawarkan harga $3.25 seliter dan $3.23 seliter di Esso.



Caltex tidak menawarkan 98 oktana.



Bagi minyak gred premium Shell menawarkan harga $3.47 sementara Caltex menawarkan $3.45 seliter dan Sinopec $3.42 seliter.



Harga minyak mentah sebelum ini susut susulan tekanan yang diterima daripada keputusan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), selain disebabkan peningkatan dalam stok minyak AS.



The West Texas Intermediate untuk penghantaran November menyusut 1.2 peratus kepada AS$82.20 ($117) setong.



Minyak mentah Brent untuk penghantaran November pula jatuh 0.9 peratus kepada AS$89.13 setong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >