Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga elektrik di SG dijangka meningkat

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



HARGA elektrik di Singapura dijangka meningkat sedang kapasiti lebihan elektrik di sini kembali pada kadar biasa dan harga bahan api meningkat, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng.



Namun beliau berkata pemerintah akan bertindak supaya harga tidak naik secara mendadak atau dengan cara yang sukar diramalkan.



"Meskipun harga bertambah, pemerintah akan berusaha terbaik untuk memastikan kenaikan ini secara berperingkat dan akan bertindak untuk mengekang kenaikan keterlaluan," kata Dr Tan.



Menjawab soalan tentang harga elektrik yang diajukan oleh Encik Saktiandi Supaat (Bishan-Toa Payoh GRC) dan Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang), Dr Tan berkata harga pasaran borong elektrik pada masa ini terlalu rendah.



Syarikat yang menjana elektrik (genco) telah membangun kapasiti lebihan untuk memenuhi permintaan lebih tinggi yang dijangka sekitar sedekad yang lalu.



Namun keadaan ini tidak berlaku dan persaingan sengit antara genco telah membuat harga elektrik jatuh di bawah kos penuh penghasilan," kata Dr Tan.



Namun, keadaan kapasiti berlebihan ini dijangka dikurangkan di masa depan dan kenaikan harga elektrik pada masa depan tidak boleh dielak," kata beliau.



"Dalam jangka pertengahan atau panjang, harga elektrik yang kembali ke kadar yang dijangka tidak boleh dielak... tiada syarikat akan menjual elektrik di bawah kos secara berterusan," kata Dr Tan, bercakap di Parlimen semasa perbahasan mengenai kemampanan rancangan pemerintah.



Dr Tan juga berkata permintaan yang bertambah bagi elektrik akibat pertumbuhan pusat data dan penggunaan kenderaan elektrik akan menyebabkan harga elektrik borong meningkat kepada kadar yang dijangka.



Harga elektrik yang rendah pada masa ini juga tidak mendorong genco melabur untuk membina loji baru, kata Dr Tan.



Menambah, Dr Tan berkata Singapura masih perlu mengimport tenaga dan perlu membayar harga global.



Pada tahun lalu, harga bahan api telah merosot ke paras paling rendah dalam 20 tahun lalu akibat pandemik, kata Dr Tan.



Beliau berkata harga ini, namun, dijangka meningkat dan harga elektrik akan meningkat selaras dengannya.




"Meskipun harga bertambah, pemerintah akan berusaha terbaik untuk memastikan kenaikan ini secara berperingkat dan akan bertindak untuk mengekang kenaikan keterlaluan... Dalam jangka pertengahan atau panjang, harga elektrik yang kembali ke kadar yang dijangka tidak boleh dielak... tiada syarikat akan menjual elektrik di bawah kos secara berterusan."
- Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Encik Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >