Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Harga flat di bandar HDB yang masih dimampui

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah meningkat sepanjang dua tahun lalu.



Sejak bermulanya pandemik Covid-19 dua tahun lalu, harga perumahan awam di Singapura telah meningkat 18.4 peratus.



Kenaikan harga flat jualan semula yang mendadak disebabkan beberapa faktor.



Sepanjang dua tahun lalu, penangguhan binaan akibat pandemik telah menjejas rangkaian bekalan sehinggakan tempoh menunggu bagi flat-flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dilanjutkan sehingga empat atau lima tahun, dari antara tiga dengan empat tahun sebelum ini.



Ini menyebabkan beberapa pembeli HDB beralih ke pasaran flat jualan semula sehingga permintaannya melonjak.



Memandangkan bekalan flat jualan semula tidak menentu dalam jangka masa singkat, harganya terus melonjak.



Di sebalik kenaikan harga flat jualan semula yang terus meningkat dan berita terdapat flat sedemikian yang bertukar tangan pada harga melebihi sejuta dolar, masih ada transaksi flat jualan semula dengan harga berpatutan.



Berikut merupakan senarai bandar dengan harga transaksi median terendah bagi flat jenis tiga, empat, lima bilik serta flat eksekutif, yang disiarkan dalam laporan firma ERA Research & Consultancy berjudul "Bandar HDB dengan Flat-Flat Paling Dimampui".



Harga transaksi mediannya berdasarkan data yang terdapat bagi tempoh mulai Julai 2021 hingga Jun lalu.



FLAT TIGA BILIK



Berdasarkan harga jualan semula bagi flat jenis tiga bilik, lima bandar dengan harga paling murah terletak di estet Geylang, Toa Payoh, Jurong West, Woodlands dan Bedok.



Harga median terendah bagi flat tiga bilik di Geylang adalah pada harga $305,000.



Sementara harga terendah bagi flat-flat di kedudukan tujuh hingga 10 adalah antara $345,000 dengan $348,000.



Empat daripada 10 bandar dengan harga median terendah bagi flat jenis tiga bilik merupakan estet matang termasuk di Geylang, Toa Payoh, Bedok dan Ang Mo Kio.



FLAT EMPAT BILIK



Bandar HDB dengan harga median terendah bagi flat jenis empat bilik terletak di Woodlands dengan harga $435,944.



Ia disusuli Sembawang, Jurong West, Yishun, dan Jurong East.



Antara 10 bandar dengan harga transaksi median terendah bagi flat empat bilik, Bedok merupakan satu-satunya estet HDB matang.



FLAT LIMA BILIK



Sembawang di kedudukan teratas dalam kalangan bandar HDB dengan flat lima bilik paling dimampui dengan harga $510,000 atau 13.6 peratus lebih murah daripada harga median serata pulau.



Dalam kalangan 10 bandar HDB dengan harga median terendah bagi flat lima bilik, hanya Pasir Ris merupakan bandar HDB matang dan di kedudukan kelapan.



FLAT EKSEKUTIF



Flat jenis ini merupakan yang terbesar dalam kalangan flat HDB, lantas yang paling mahal dalam kalangan semua jenis flat perumahan awam.



Pada masa ini terdapat sekitar 65,000 flat sedemikian, membentuk sekitar 6 peratus keseluruhan flat HDB di Singapura.



Bandar dengan harga transaksi median terendah bagi flat eksekutif adalah di Sembawang pada harga $589,000, berbanding harga transaksi median bagi flat eksekutif di serata pulau yang mencecah $718,000 sepanjang 12 bulan lalu.



LOKASI



Secara umumnya, flat-flat lebih besar seperti empat bilik, lima bilik dan eksekutif, boleh ditemui di Sembawang.



Tiga bandar lain muncul dalam kalangan harga transaksi median terendah bagi kesemua empat jenis flat, termasuk di Jurong West, Woodlands, dan Yishun.



u SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >