Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB jatuh pada Q1

HDB
Apr 22, 2016 | 10:21 AM



URUS niaga flat jualan semula HDB berkurangan 10.9 peratus pada suku pertama tahun ini (2016), sementara harga jualan semula jatuh 0.1 peratus dalam tempoh sama, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (22 April).



Jumlah urus niaga jualan semula berkurangan daripada 4,992 pada suku keempat tahun lalu kepada 4,449 dalam suku pertama tahun ini, manakala Indeks Harga Jualan Semula (RPI) turun 0.1 peratus, daripada 134.8 pada suku keempat 2015 kepada 134.7 dalam suku pertama 2016.



Bilangan permohonan yang diluluskan untuk penyewaan flat HDB pula meningkat 5.8 peratus, daripada 10,618 pada suku keempat 2015 kepada 11,239 dalam suku pertama 2016, ujar HDB dalam satu kenyataan.



Pada 31 Mac, sebanyak 51,052 flat HDB disewakan, bertambah 1.6 peratus daripada 50,264 pada suku sebelumnya.



HDB menawarkan 4,170 flat untuk dijual di bawah jualan Feb skim Bina Ikut Tempahan (BTO).



Pada jualan akan datang Mei ini, ia akan menawarkan kira-kira 4,000 flat BTO dan sekitar 5,000 flat belum terjual.



Maklumat lanjut boleh didapati di InfoWEB HDB apabila hampir pelancaran jualan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >