Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik 0.8% pada Dis

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bernilai jutaan dolar meningkat tiga kali ganda tahun lalu dan harga jualan semula naik buat bulan ke-18 berturut-turut sedang langkah meredakan pasaran hartanah baru atau langkah penyejukan bermula akhir tahun lalu.



Harga flat jualan semula HDB meningkat sebanyak 0.8 peratus pada Disember berbanding bulan sebelumnya dan 13.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, menurut data awal portal hartanah 99.co dan SRX semalam.



Kenaikan harga dilihat bagi kedua-dua estet matang dan tidak matang dan merentasi semua jenis flat.



Bagaimanapun, harga jualan semula bulan Disember meningkat pada kadar bulanan lebih lembap berbanding kenaikan sebanyak 1.3 peratus pada November.



Terdapat kemerosotan dalam jumlah urus niaga jualan semula bulan lalu, dengan 2,429 flat HDB dijual.



Ini merupakan penurunan sebanyak 6.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, dan 2.4 peratus lebih rendah berbanding Disember 2020.



Jumlah jualan semula secara keseluruhan untuk 2021 meningkat sebanyak 24.6 peratus kepada 29,182 unit, menurut data SRX.



Bulan lalu, sebanyak 38 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya sejuta dolar, jumlah tertinggi bagi flat jutaan dolar yang dijual dalam sebulan. Ini lantas memecahkan rekod sebelumnya iaitu 29 unit pada November.



Flat termahal yang dijual bulan lalu adalah unit Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) lima bilik di Natura Loft di Bishan yang berharga $1.36 juta. Ia kini merupakan flat jualan semula HDB paling mahal berdasarkan rekod.



Flat berharga 38 juta dolar itu merangkumi sebanyak 1.6 peratus daripada urus niaga jualan semula keseluruhan bulan lalu.



Ini membawa jumlah keseluruhan flat HDB jutaan dolar ke 261 buat 2021, menjadikan ia lebih tiga kali ganda dari 2020 iaitu 82 flat.



Kesemua 261 flat yang dijual pada harga jutaan dolar itu merangkumi kira-kira 0.9 peratus daripada jualan semula HDB secara keseluruhan pada 2021.



HDB Isnin lalu mengeluarkan anggaran awal yang menunjukkan bahawa harga jualan semula meningkat sebanyak 12.5 peratus bagi seluruh 2021. Ia akan mendedahkan perangkaan muktamad pada 28 Januari.



Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, berkata harga jualan semula bulan lalu boleh terus meningkat memandangkan ia mengambil masa untuk pasaran bertindak balas kepada kekangan hartanah terkini pada pertengahan Disember.



"Banyak urus niaga mungkin dirundingkan atau ditutup sebelum langkah meredakan (hartanah) dilaksanakan... angka jualan pada Januari mungkin memberikan gambaran lebih jelas mengenai kesan penuh langkah baru itu," katanya.



Menurut ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, permintaan bagi flat jualan semula HDB kemungkinannya akan kekal berdaya tahan tahun ini, asalkan penangguhan pembinaan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) tidak diselesaikan.



Beliau menjangka harga jualan semula HDB meningkat sebanyak 4 peratus hingga 8 peratus tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >