Harga flat jualan semula jatuh 0.2% bulan lalu
Aug 09, 2019 | 05:30 AM
HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kekal stabil bulan lalu, meskipun sebuah flat lima bilik di Boon Keng dijual pada harga rekod melebihi $1.2 juta.
Unit di tingkat 39 di City View @ Boon Keng itu dijual pada $1,205,000 iaitu $5,000 lebih daripada harga rekod sebelumnya bagi flat jualan semula HDB yang dicatat oleh sebuah flat lima bilik di Boon Tiong Road, Tiong Bahru, April lalu.