Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula Jun naik, 12 bulan berturut-turut

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



PASARAN jualan semula flat HDB bangkit semula bulan lalu, dengan harga terus naik dan lebih banyak flat bertukar tangan sedang sekatan Covid-19 dilonggarkan.



Harga jualan semula HDB meningkat 12 bulan berturut-turut bulan lalu, sebanyak 0.9 peratus berbanding Mei, menurut perangkaan awal portal hartanah SRX semalam.



Pasaran terbuka HDB telah "kembali beroperasi seperti biasa", kata ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, yang berkata angka terbaru itu menunjukkan orang ramai sudah biasa dengan langkah jarak selamat dan sekatan Covid-19.



Dibandingkan dengan setahun lalu, harga jualan semula meningkat 13.2 peratus dari Jun tahun lalu, dan hanya 1.7 peratus daripada paras tertinggi pada April 2013.



Harga bulan lalu naik bagi kedua-duanya, estet matang dan bukan matang, serta bagi semua saiz flat.



Sebanyak 2,311 flat bertukar tangan bulan lalu, meningkat 17.5 peratus daripada Mei.



Pengarah penyelidikan kanan Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, berkata lonjakan jumlah urus niaga mencerminkan permintaan terbatas dek sekatan dalam tempoh fasa dua (kewaspadaan dipertingkat), apabila isi rumah hanya dapat menerima dua pengunjung unik sehari.



Selepas 13 Jun, langkah-langkah tersebut dilonggarkan kepada lima pengunjung unik sehari.



Bulan lalu, 19 flat jualan semula juga bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya $1 juta, bertambah daripada 13 transaksi sedemikian pada Mei.



Sebuah rumah teres berusia 49 tahun di Whampoa dijual pada harga $1.268 juta, menjadikan rumah seluas 210 meter persegi itu unit HDB paling mahal direkodkan, lapor The Straits Times.



Sebanyak 19 flat 'sejuta dolar' yang dijual itu membentuk 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan transaksi jualan semula bulan lalu.



Ini bermakna 106 flat 'sejuta dolar' dijual dalam pertengahan pertama tahun ini, lebih empat kali ganda darpipada 24 yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.



Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex, Cik Wong Siew Ying, menarik perhatian bahawa kesemua 106 transaksi sejuta dolar itu dilakukan di estet matang.



Kawasan pusat, khususnya The Pinnacle@Duxton, melihat paling banyak transaksi sedemikian, dengan 30 tawaran seperti itu, diikuti Queenstown dan Bishan, masing-masing mempunyai 16 transaksi, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >