Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula naik 5% tahun lalu

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



HARGA jualan semula flat meningkat 5 peratus sepanjang tahun lalu disebabkan permintaan yang meningkat meskipun ekonomi terjejas akibat pandemik Covid-19.



Ia adalah kenaikan tertinggi sejak suku keempat 2012 apabila harga meningkat 6.5 peratus.



Menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), jumlah flat yang dijual juga meningkat 4.4 peratus mencapai 24,748 unit tahun lalu, yang merupakan paras tertinggi sejak lapan tahun lalu.



Pada 2019, flat yang dijual mencecah 23,714.



Harga jualan semula flat juga meningkat 3.1 peratus pada suku terakhir tahun lalu berbanding suku sebelumnya.



Pengarah (Penyelidikan) Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck berkata kenaikan permintaan bagi flat jualan semula mungkin terdorong akibat pembeli yang tidak mahu menunggu membeli Flat Bina IkutTempahan (BTO).



“Lagipun, banyak flat BTO dilancarkan pemerintah pada 2011 dan 2012 dan banyak flatnya telah mencapai tempoh penginapan minimum (MOP) menyebabkan ada pemilik yang memilih untuk berpindah ke flat lain bagi mendapatkan wang,’’ kata Encik Lee.



Walaupun harga meningkat, ia masih 7.5 peratus lebih rendah dari paras tertinggi kitaran harga yang berlaku pada pertengahan 2013.



Ini bermakna terdapat ruang bagi harga flat jualan semula untuk meningkat, kata Ketua Penyelidikan ERA Realty, Encik Nicholas Mak.



“Oleh kerana pasaran buruh dan ekonomi dijangka tumbuh tahun ini, ia boleh meningkatkan rentak pertumbuhan harga flat jualan semula tahun ini,’’ kata Encik Mak.



Bagi harga rumah privet pula, harganya meningkat 2.2 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding kenaikan 2.7 peratus pada 2019, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Pada suku keempat, harga rumah privet meningkat 3.4 peratus berbanding kenaikan 2.1 peratus pada suku keempat tahun lalu, kenaikan teringgi sejak suku kedua 2018.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor berkata sentimen optimis hasil program vaksinasi dan ekonomi yang bertambah baik telah mengukuhkan harga rumah tahun lalu.



“Kami jangkakan rentak ini akan berterusan dan 2021 sudah pun menunjukkan kadar pembelian yang sihat misalnya di projek kondominium Normanton Park di mana 600 unit dijual semasa pelancaran hujung minggu lalu,’’ kata Encik Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >