Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula naik 9.1% bagi 9 bulan pertama tahun ini

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula mencapai rekod tertinggi dalam suku ketiga tahun ini.



Malah, ia juga meningkat paling pantas dalam tempoh sembilan bulan sejak lebih sedekad lalu.



Harga flat jualan semula naik 2.9 peratus bagi tempoh antara Julai dengan September lalu berbanding tiga bulan sebelum itu.



Ini lebih tinggi berbanding anggaran awal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sebanyak 2.7 peratus.



Ini bermakna harga flat jualan semula naik sebanyak 9.1 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini.



Harga rumah privet turut meningkat lebih pantas dalam suku ketiga tahun ini meskipun dengan langkah sekatan Covid-19 yang diperketat semula.



Ini didorong oleh kenaikan jualan dan harga hartanah berhalaman serta kesan pasaran flat jualan semula HDB yang hangat.



Harga hartanah privet naik 1.1 peratus bagi suku ketiga berbanding suku sebelum ini, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.



Ini lebih tinggi berbanding kenaikan 0.8 peratus dalam suku kedua dan juga berbanding anggaran awal sebanyak 0.9 peratus.



Mengulas kenaikan harga flat jualan semula HDB, ketua pegawai eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata tempoh menunggu yang lama bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang baru dan binaan yang tertangguh mendorong harga flat jualan semula yang lebih tinggi kebelakangan ini.



Data HDB menunjukkan bahawa jumlah urus niaga flat jualan semula turut naik sebanyak 19.4 peratus hingga mencapai 8,433 unit dalam suku ketiga, berbanding 7,063 unit dalam suku kedua.



"Lebih 8,400 flat jualan semula dijual dalam suku ketiga tahun ini dan ini antara jumlah urus niaga flat jualan semula tertinggi dalam satu suku sejak lebih 10 tahun lalu.



"Kali terakhir jumlah itu melebihi 8,000 unit adalah pada suku ketiga 2010, dengan lebih 8,200 unit dijual.



"Lebih ramai pembeli termasuk keluarga dan pasangan muda terus tertarik dengan pasaran flat jualan semula, dengan kebanyakan mereka prihatin dan berhati-hati sama ada hendak memohon bagi BTO, dengan pelbagai masalah yang membelenggu industri binaan," ujarnya.



Tambahnya, trend ini dijangka berterusan walaupun langkah sekatan di bawah Fasa Penstabilan dilanjutkan hingga bulan depan.



Flat lima bilik di estet matang Queenstown dijual dengan harga tertinggi dalam suku ketiga, dengan harga median $926,000, disusuli dengan Bukit Merah pada harga $822,500 dan Toa Payoh pada harga $818,000.



Sementara itu, bilangan permohonan untuk menyewakan flat yang diluluskan oleh HDB jatuh 5.1 peratus daripada 10,979 permohonan dalam suku kedua kepada 10,417 permohonan pada suku ketiga tahun ini.



Hingga akhir bulan lalu, 57,321 flat HDB disewakan, turun 0.8 peratus berbanding suku sebelumnya.



Dengan lebih banyak urus niaga flat jualan semula HDB dan pembeli yang membeli flat untuk mereka diami sendiri, ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata jumlah flat yang ada untuk disewakan juga lebih rendah.



Menurutnya, harga flat jualan semula juga dijangka terus meningkat disebabkan cabaran dalam industri binaan serta binaan projek BTO baru yang tertangguh.



"Oleh itu, indeks harga flat jualan semula HDB boleh berakhir antara 11 dengan 12.5 peratus lebih tinggi tahun ini berbanding tahun lalu.



"Harga flat jualan semula HDB dijangka terus meningkat pada 2022 hingga segala penangguhan binaan projek BTO diselesaikan," ujar Encik Mak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >