ANGGARAN awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Isnin (3 Okt) menunjukkan indeks harga jualan semula flat kekal tidak berubah pada suku ketiga tahun ini berbanding suku sebelumnya.
Indek Harga Jualan Semula (RPI) bagi suku ketiga penuh dan data perumahan awam lebih terperinci bagi suku kedua akan dikeluarkan pada 28 Okt.
RPI menyediakan maklumat mengenai pergerakan harga umum dalam pasaran perumahan awam yang dijual semula.
Pada November tahun ini, HDB akan menawarkan kira-kira 5,090 flat baru di Bedok, Bidadari, Kallang/Whampoa dan Punggol di bawah tawaran Bina Ikut Tempahan (BTO).
Kira-kira 5,000 flat baki juga akan ditawarkan dalam tawaran rerentak Jualan Flat Baki.
Maklumat lanjut mengenai flat BTO boleh didapati di InfoWEB HDB di www.hdb.gov.sg/cs/infoweb/homepage