URUS niaga jualan semula flat HDB berkurangan 5.5 peratus kepada 5,514 pada suku ketiga tahun ini, daripada 5,838 pada suku sebelumnya, menurut HDB dalam satu kenyataan pada Jumaat (28 Okt).
Indeks Harga Jualan Semula (RPI) suku Julai hingga September tidak berubah daripada suku sebelumnya, pada 134.7.
Harga jualan semula median bagi flat di beberapa bandar juga didedahkan.
Bilangan permohonan yang diluluskan untuk penyewaan flat HDB pula berkurangan 8.8 peratus, daripada 11,824 pada suku sebelumnya kepada 10,789 pada suku ketiga.
Sehingga 30 Sept, 52,394 flat HDB disewakan, bertambah 0.4 peratus daripada 52,171 pada suku sebelumnya.
HDB juga mengumumkan ia akan menawarkan kira-kira 5,090 flat baru di Bedok, Bidadari, Kallang/Whampoa dan Punggol dalam tawaran Bina Ikut Tempahan (BTO) pada November.
Kira-kira 5,000 flat baki juga akan ditawarkan dalam Jualan Flat Baki, katanya.
Maklumat lanjut mengenai flat BTO boleh didapati di InfoWEB HDB.