Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga ikan, makanan laut naik 4.7% Feb-Ogos

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



HARGA ikan dan makanan laut telah meningkat 4.7 peratus dalam tempoh enam bulan dari Februari hingga Ogos lalu, disesuaikan mengikut musim, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



Tambahnya, pelbagai faktor termasuk perubahan iklim, keadaan cuaca yang buruk serta kos tenaga dan makanan yang meningkat telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang berubah-ubah bagi pelbagai barangan makanan termasuk ikan.



Cik Fu berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Encik Melvin Yong (Radin Mas) semalam.



"Oleh kerana Singapura mengimport lebih 90 peratus makanan kita, kita tidak dapat mengelak daripada gangguan terhadap bekalan makanan atau harga yang berubah-ubah.



"Bagaimanapun, kita berusaha mengurangkan kesannya dengan mempelbagaikan sumber makanan kita dan mempertingkat penghasilan sumber makanan setempat," ujar Cik Fu.



Kini, bekalan makanan laut negara ini agak pelbagai dengan sumber yang diimport dari sekitar 80 negara.



Cik Fu berkata Singapura juga sedang membina keupayaan dan kemampuan untuk merubah sektor akuakultur setempat menjadi sebuah sektor yang amat produktif, berdaya tahan terhadap iklim serta jimat sumber.



Bahkan, perusahaan juga boleh mengambil langkah untuk menyumbang kepada daya ketahanan ini dengan melaksana pelan kesinambungan perniagaan (BCP).



Pengguna juga boleh menyumbang dengan bersikap fleksibel dari segi pilihan makanan mereka, ujar Cik Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >