Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga jualan semula flat HDB naik buat bulan ketujuh berturut

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



PASARAN jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memulakan tahun ini dengan kedudukan kukuh sedang harga meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut bulan lalu, menurut data dari portal hartanah SRX yang dikeluarkan semalam.



Harga flat jualan semula naik 1.7 peratus bulan lalu, berbanding Disember lalu.



Harga di estet matang naik 1.6 peratus bulan lalu berbanding Disember lalu manakala harga di estet bukan matang naik 1.9 peratus.



Daripada segi jenis flat, harga flat jualan semula naik 2.3 peratus bagi flat tiga bilik, diikuti 1.7 peratus bagi flat empat bilik, 1.6 peratus bagi flat lima bilik dan 0.6 peratus bagi flat eksekutif.



Kenaikan harga keseluruhan adalah 7.7 peratus berbanding Januari tahun lalu, tetapi masih 7 peratus lebih rendah daripada rekod yang dicatat pada April 2013.



Harga bagi semua jenis flat naik bulan lalu berbanding Januari tahun lalu.



Harga bagi flat tiga bilik naik 7.4 peratus, bagi empat bilik naik 7.3 peratus, bagi lima bilik naik 6.8 peratus dan bagi eksekutif naik 5.3 peratus.



Harga flat di estet matang naik 6.0 peratus berbanding setahun lalu manakala harga flat di estet bukan matang naik 8.9 peratus.



Bulan lalu, sejumlah 13 flat jualan semula HDB dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta.



Harga jualan tertinggi ialah $1.21 juta bagi unit Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) lima bilik di Natura Loft di Bishan Street 24.



Unit lain yang dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta terletak di Cantonment Road, Lorong 1A Toa Payoh, Clementi Avenue 3, Ghim Moh Link, Commonwealth Drive, Bishan Street 12, Bukit Merah View dan Serangoon Avenue 2.



Di estet bukan matang, harga penjualan tertinggi ialah $888,000 bagi unit apartmen eksekutif di Hougang Central.



Sejumlah 2,501 flat jualan semula HDB dijual bulan lalu, satu kenaikan kecil sebanyak 0.5 peratus berbanding Disember lalu.



Tetapi jumlah penjualan semula itu adalah 30.3 peratus lebih tinggi berbanding Januari tahun lalu.



Sebahagian besar penjualan datang daripada flat empat bilik, yang membentuk 41.7 peratus daripada semua transaksi penjualan.



Flat lima bilik membentuk jenis flat kedua terbesar yang dijual pada 26.2 peratus, diikuti flat tiga bilik pada 21.5 peratus dan flat eksekutif pada 9 peratus, dengan flat dua bilik membentuk bakinya.



Ini adalah bulan kelapan berturut-turut di mana jumlah penjualan mencecah lebih 2,300 unit.



Ini juga kali pertama jumlah penjualan flat jualan semula melebihi 2,500 dalam tempoh setahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >