Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ BANTUAN TANGANI INFLASI

Harga kedai kopi naik: Pastikan warga ada pilihan makanan dimampui di estet perumahan

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



KEPRIHATINAN tentang harga makanan yang mungkin naik menyusuli kedai kopi yang bertukar tangan pada harga tinggi kebelakangan ini boleh ditangani dengan langkah memastikan terdapat pilihan makanan yang boleh dimampui di semua estet perumahan di sini.



Berkata demikian semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menarik perhatian ini termasuk dengan adanya pusat penjaja serta kedai kopi yang dikendalikan perusahaan sosial seperti NTUC Foodfare.



Tambahnya, pemerintah juga akan meneruskan usaha program membina pusat penjaja untuk memastikan semua warga Singapura boleh mendapatkan pilihan makanan yang dimampui.



"Ini juga akan memberi tekanan daya saing dalam pasaran bagi sesetengah urus niaga komersial ini," ujar Encik Wong.



Baru-baru ini, sebuah kedai kopi di Tampines telah bertukar tangan dengan penjualan yang mencecah rekod tertinggi $41.68 juta, hingga membuat penyewa gerai di kedai kopi itu memikirkan untuk menarik diri menyusuli kenaikan harga sewa.



Tawaran itu lebih tinggi daripada rekod sebelum ini - sebanyak $31 juta bagi sebuah kedai kopi di Blok 155, Bukit Batok Street 11 pada 2015.



Kedai kopi di Tampines seluas 604 meter persegi itu, mempunyai 18 gerai dan mempunyai lagi 76 tahun tempoh pajakannya.



Menyusuli itu, sebuah lagi kedai kopi di Yishun telah bertukar tangan dengan harga $40 juta, dengan harga setiap kaki persegi (psf) mengatasi beberapa unit runcit aras bawah di kawasan beli-belah utama Orchard Road.



"Kami memahami keprihatinan warga Singapura tentang harga yang meningkat, lebih-lebih lagi jika berkaitan makanan.



"Dan urus niaga (kedai kopi) kebelakangan ini juga telah menyebabkan sesetengah orang rasa bimbang," ujar Encik Wong semasa menjawab soalan media mengenai harga kedai kopi yang tinggi itu.



Selain memastikan terdapat pilihan makanan yang dimampui bagi semua warga di semua estet perumahan di sini, beliau turut menarik perhatian bahawa pemerintah akan terus membantu warga Singapura menangani kos sara hidup.



Ini termasuk menerusi langkah yang diumumkan semasa Belanjawan dan menerusi pakej bantuan baru yang diumumkannya semalam.



Antara langkah tersebut termasuk pengagihan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan Baucar GST untuk memastikan semua orang dapat memanfaatkannya, khususnya golongan berpendapatan rendah dan mereka yang lebih mudah terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >