Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga kondo jualan semula naik lima bulan berturut-turut

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



PASARAN hartanah privet jualan semula terus berkembang sungguhpun dilanda kesan pandemik Covid-19 dan langkah sekatan yang dikuatkuasakan pada 2018, dengan harganya naik buat lima bulan berturut-turut bulan lalu.



Sepanjang tahun lalu, harga kondominium jualan semula meningkat 1.4 peratus, hanya rendah sedikit daripada kenaikan 1.8 peratus pada 2019.



Demikian menurut perangkaan awal laman hartanah SRX Property semalam, lapor akhbar The Straits Times.



Bulan lalu, harga jualan semula hartanah bukan berhalaman secara keseluruhan naik 0.3 peratus daripada bulan sebelumnya.



Dari segi unit, jumlah hartanah jualan semula berkurangan 5.1 peratus kepada anggaran 1,236 unit bulan lalu daripada 1,302 unit yang dijual semula November lalu.



Namun, Disember tetap mencatat bulan keenam berturut-turut jumlah hartanah jualan semula melebihi paras 1,000 unit.



Jumlah penjualan bulan lalu juga 79.4 peratus lebih tinggi daripada Disember 2019, bahkan 96.4 peratus lebih tinggi daripada jumlah purata lima tahun bagi Disember.



Walaupun terdapat ketidaktentuan ekoran pandemik dan faktor makroekonomi, 10,712 urus niaga jualan semula direkod sepanjang tahun lalu. Jumlah itu 18.1 peratus lebih tinggi daripada pada 2019.



Pasaran hartanah privet sedang meraih manfaat daripada jumlah tinggi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang mencapai Tempoh Penginapan Minimum (MOP) pada 2019 dan tahun lalu, berbanding tempoh 10 tahun sebelum 2019, menurut ketua penyelidikan dan runding cara ERA Realty Nicholas Mak.



Menurut Encik Mak, sekitar 24,500 flat HDB boleh dijual dalam pasaran jualan semula tahun lalu. Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding 10,400 flat yang mencapai MOP pada 2015.



"Beberapa pemilik yang menjual flat HDB untuk maju ke peringkat rumah privet lebih cenderung memilih hartanah jualan semula sudah siap supaya mereka boleh berpindah sejurus urusan penjualan flat mereka selesai," ujarnya.



Unit di luar kawasan tengah (OCR) membentuk 60.9 peratus daripada keseluruhan urus niaga bulan lalu. Ini diikuti penjualan unit di baki kawasan tengah (RCR), yang membentuk 22.9 peratus, manakala unit di kawasan tengah utama (CCR) membentuk 16.3 peratus urus niaga.



Harga tertinggi yang dicatat bagi hartanah privet bulan lalu ialah sebuah unit di Skyline @ Orchard Boulevard, yang dijual pada harga $12.2 juta.



Harga tertinggi bagi hartanah privet di pinggir bandar pula ialah $4.3 juta bagi sebuah unit Pebble Bay di kawasan East Coast.



Sebuah unit di A Treasure Trove di Punggol dijual pada harga $3.2 juta, tertinggi bagi OCR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >