Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga makanan di kantin sekolah-sekolah juga terkesan...

Jul 18, 2022 | 05:30 AM



DENGAN harga makanan di kantin-kantin sekolah rendah, menengah dan maktab rendah turut terkesan kenaikan kos global, ibu bapa yang ditinjau Berita Harian (BH) berkata meskipun keadaan kini masih terkawal, namun mereka akan terus memantaunya dengan dekat dan membuat penyesuaian yang perlu.



Tinjauan BH juga menunjukkan beberapa pengendali gerai di kantin sekolah setempat telah pun menaikkan harga secara purata antara 20 hingga 30 sen bagi makanan yang dijual.



Bagi sesetengah ibu bapa, mereka telah pun mengambil langkah awal dengan menambah wang saku yang diberikan kepada anak-anak sementara ada juga yang menyiapkan makanan atau snek untuk dibawa dari rumah bagi menjimatkan kos.



Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu laporan awal berkata sekolah akan memastikan harga makanan di kantin kekal dimampui, dengan subsidi disediakan bagi pelajar dari keluarga memerlukan.



Subsidi tersebut diberikan menerusi MOE atau program sokongan sekolah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >