Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Harga minyak di Asia melonjak, petrol popular di SG capai $3 seliter

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



HARGA minyak petrol paling popular di sini mencecah paras $3 selepas menyaksikan peningkatan harga sejak beberapa hari yang lalu ekoran krisis di Ukraine.



Shell menaikkan harga petrol oktana 95 sebanyak lapan sen kepada $3.06 seliter semalam, berikutan sekurang-kurangnya tiga pusingan kenaikan harga berjumlah 28 sen sejak tiga minggu lalu.



Menurut Fuel Kaki, penjejak harga petrol dan diesel yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case), syarikat minyak di sini juga tidak ketinggalan jauh.



Caltex telah menaikkan harga gred petrol yang sama kepada $2.98, Esso dan Sinopec pada $2.95, dan SPC menetapkan harga $2.81



Dengan harga minyak mentah Brent melepasi AS$130 ($177) setong - yang tertinggi sejak sebelum krisis kewangan global terakhir pada 2008 - para pemerhati menganggap harga petrol oktana 95 akan mencecah $3 sebelum akhir bulan ini, atau lebih awal.



Harga minyak melonjak di Asia semalam - sebanyak 18 peratus pada awal sesi - menyusuli laporan yang menyatakan Amerika Syarikat sedang membincangkan larangan import minyak mentah Russia.



Buat masa ini, petrol oktana 92, yang boleh digunakan pada kebanyakan kereta di sini, adalah satu-satunya gred petrol dengan harga di bawah $3.



Harga terendah ialah $2.78 di SPC, diikuti oleh Esso pada $2.91 dan Caltex pada $2.92.



Shell dan Sinopec tidak menawarkan petrol oktana 92.



Sementara itu, harga bagi gred premium 98 pula meningkat lebih daripada $3.50, dengan Shell menawarkan harga $3.77 seliter.



Pemandu kenderaan sewa privet (PHV) dan teksi juga tidak terkecuali, dengan harga pam diesel meningkat lebih 30 sen seliter dalam tempoh tiga minggu lalu.



Harga tertinggi yang disiarkan ialah di Shell ($2.67) dan terendah di Esso dan Sinopec ($2.55).



Di ComfortDelGro, syarikat teksi terbesar di sini, harga diesel berada pada $1.43 seliter, meningkat daripada $1.12 pada Januari lalu; manakala petrol oktana 95 ialah $2.04, meningkat daripada $1.74 pada Januari.



Harga minyak dunia telah melambung tinggi sejak kebelakangan ini dek krisis Russia- Ukraine meskipun terdapat percubaan untuk menstabilkan pasaran.



Pemandu teksi yang mengisi minyak di kiosk milik pengusaha teksi juga telah melihat harga meningkat secara eksponen sejak beberapa bulan kebelakangan ini.



Russia merupakan pengeksport utama dunia bagi minyak mentah dan produk minyak, dengan eksport sekitar 7 juta tong sehari minyak dan produk ditapis, atau 7 peratus daripada bekalan global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >