Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minyak di stesen minyak belum berubah meski harga minyak mentah junam

Apr 21, 2020 | 12:25 PM



HARGA minyak di stesen-stesen minyak di sini kekal tidak berubah sejak lewat Mac lalu, meskipun harga minyak mentah menjunam ke bawah paras sifar semalam.



Pemeriksaan Berita Harian di laman Fuel Kaki, gerbang Persatuan Pengguna Singapura (Case) yang memantau harga minyak di sini, menunjukkan seliter minyak oktane-92 dijual pada harga $2.05 manakala minyak oktane-95 dijual pada harga $2.09 bagi kesemua jenama. 



Biarpun harga-harga ini adalah sebelum potongan harga, namun, ia kekal tidak berubah sejak 25 Mac lalu, sedangkan harga minyak bagi Jangka Masa Sederhana West Texas (WTI) adalah sekitar AS$20 ($28.52) setong dan Brent sekitar AS$26 ($37.07) setong.  



Satu liter oktane-98 disenaraikan antara $2.43 dan $2.69, sedang diesel pula antara $1.69 dan $1.72 



Para pemandu telah lama mengeluh bahawa harga minyak di stesen-stesen minyak di sini pantas mencerminkan kenaikan harga minyak tetapi begitu lambat untuk menuruti penurunan harga minyak. 



Semasa sidang Parlimen 25 Mac lalu, Cik Lee Bee Wah (GRC Nee Soon) bertanya jika harga runcit minyak di stesen-stesen minyak mencerminkan kadar harga minyak mentah yang menjunam, yang telah jatuh teruk beberapa bulan lalu. 



Beliau juga bertanya jarak masa dalam penurunan harga yang diberikan kepada pengguna. 



Menjawab hal ini, Setiausaha Parlimen Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Ehwal Luar), Dr Tan Wu Meng berkata, harga runcit minyak petrol di sini sebenarnya telah turun, seiring jatuhnya harga minyak mentah. 



Beliau menarik perhatian, antara 2 Januari dan 9 Mac, harga minyak telah junam dari AS$66 setong kepada AS$34 setong



Menurut Dr Tan, lebih tiga suku kejatuhan dalam harga minyak mentah telah disalurkan kepada pengguna. 



"Harga yang disenaraikan bagi Oktane-95 petrol jatuh sebanyak 20 sen seliter, dalam jarak enam hari. Ini mengambarkan penyaluran tiga suku penurunan harga minyak mentah," katanya. 



Dr Tan berkata, minyak mentah perlu menjalani pemprosesan dan penapisan sebelum menjadi petrol yang terdapat di stesen minyak. 



"Terdapat kos operasi, cukai, duti, dan harga tanah pada satu bahagian, selain diskaun dan rebat di satu bahagian lain," tambahnya. 



Jadi katanya, kadar penurunan sekitar 70 peratus adalah biasa, kata Dr Tan, merujuk kepada kajian mendalam harga minyak runcit pada 2017 yang dilakukan oleh Pesuruhjaya Persaingan Singapura (CCS). 



Tinjauan itu juga mendapati, secara purata, harga petrol mengambil masa lebih lama untuk naik apabila harga minyak mentah dunia meningkat, berbanding harga minyak mentah yang jatuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >