SEMUA syarikat minyak kenderaan telah menyesuaikan harga mereka ke bawah sejak Esso dan Shell menurunkan kadar sekitar tiga sen pada Jumaat lalu.
Caltex dan Sinopec turut sama menurunkan harga minyak pada Sabtu lalu.
Petrol 92 dan 95 oktane mereka kini masing-masing bernilai $1.95 dan $1.99 seliter sebelum diskaun, menurut Fuel Kaki, pihak yang memantau harga minyak kenderaan yang diuruskan Persatuan Pengguna Singapura (Case).
Sinopec 98-oktane kini $2.36 seliter, sepadan dengan harga yang ditawarkan Esso, dan dua sen lebih rendah daripada Shell.
Caltex telah menetapkan harga yang disebut "ultra premium" 98-oktane pada $2.48, menurunkan harganya sebanyak empat sen.
Harga minyak Sinopec yang setara dengan Shell V-Power kini adalah $2.51 berbanding $2.55 sebelumnya.
Kedua-duanya menjual minyak diesel pada harga $1.67 seliter, sepadan dengan harga Esso dan Shell.
SPC masih menawarkan harga terendah, setelah menolak kenaikan yang dilakukan syarikat lain dua minggu lalu.
Walaupun harga petrol 92 dan 95-oktane adalah sama dengan yang lain, dieselnya pula adalah tiga sen lebih rendah - berharga $1.64 seliter.
Bagi petrol 98-oktane pula ia dijual $2.33 seliter - tiga sen lebih rendah berbanding harga terendah yang lain.
Harga terkini datang dari harga borong yang relatif tidak berubah.
Sebagai contoh, RBOB Gasoline, komoditi yang diperdagangkan secara terbuka dan proksi untuk harga petrol borong, telah merosot sedikit minggu lalu, tetapi masih jauh lebih tinggi daripada dua minggu yang lalu.
Pengamat industri berpendapat, langkah SPC mengekalkan harga jualan minyak yang rendah kepada pengguna telah menyumbang kepada penyesuaian menurun terkini. - The Straits Times