Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minyak mungkin pulih hingga AS$50 tahun ini: Penganalisis

Mar 02, 2016 | 10:50 AM



SETELAH suram selama dua tahun, dengan harga minyak merosot ke paras terendah dalam 12 tahun, nasib sektor tenaga akhirnya kelihatan mula berubah.



Harga naik perlahan-lahan sepanjang beberapa minggu lalu, meningkat ke paras tertinggi AS$36.90 setong pada Selasa (1 Mac) selepas merana berada pada purata di bawah AS$32 selama dua bulan.



Pasaran sedang mengambil perhatian - penganalisis mengeluarkan ramalan lebih yakin dengan harga minyak, dan saham berkaitan tenaga mula pulih.



Goldman Sachs, yang terkenal memberi amaran pada Disember lalu bahawa harga minyak mungkin jatuh hingga AS$20 setong, kini meramalkan ia akan melantun semula ke AS$40 sebelum Julai.



Ramalan yang disemak semula itu menyusuli semakan yang dibuat JP Morgan pada Januari, apabila ketua strategi terbitan dan kuantitatif globalnya, Encik Marko Kolanovic, memberitahu CNBC adalah munasabah untuk menjangka harga minyak naik hingga AS$50 tahun ini, dan AS$60 "agak mungkin".



Banyak peramal lain telah membuat ramalan sama, dengan pakar ekonomi komoditi OCBC, Encik Barnabas Gan, berkata harga minyak akan naik ke paras AS$50 menjelang akhir tahun ini, lapor akhbar The Straits Times.



Penganalisis pelaburan Phillip Futures, Encik Daniel Ang, bersetuju, sambil berkata beliau menjangka harga minyak kekal kira-kira AS$35 pada separuh pertama tahun ini dan mula naik selepas Jun hingga AS$45 setong dan mungkin juga mencecah AS$60.



Encik Ang berkata ini berdasarkan berita bahawa pengeluar minyak syal di Amerika Syarikat telah mula mengurangkan pengeluaran mereka kerana menghadapi kerugian pendapatan dan realiti bahawa lebihan bekalan sebab utama di sebalik kejatuhan lanjutan harga minyak.



Namun, ahli strategi pasaran IG, Encik Bernard Aw, lebih berhati-hati. Beliau berkata walaupun menurut laporan pengeluar mengatakan mereka akan mengurangkan pengeluaran, Agensi Tenaga Antarabangsa menjangka pengeluaran gas dan minyak syal Amerika mencecah rekod tertinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.



Ini bermakna ada kemungkinan "keadaan menjadi lebih perit bagi saham minyak dan gas sebelum prospek cerah", katanya. "Pada pandangan saya, masih bukan masanya untuk beli dalam sektor ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >