Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENAIKAN HARGA PETROL

Harga minyak naik jejas semua, bukan hanya pemilik kenderaan

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



HARGA minyak yang meningkat bukan sahaja menjejas pemandu dan pemilik kenderaan tetapi semua pengguna, menurut beberapa pakar dan penganalisis.



Ini kerana petroleum dan produk sampingannya merupakan bahan penting dalam banyak perkara yang digunakan pengguna setiap hari.



Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata kenaikan harga minyak ini mempunyai kesan pada kehidupan harian pengguna dengan pelbagai cara.



Menggariskan antara kesannya, beliau berkata:



"Pertama, ia menyebabkan harga petrol turut meningkat bagi pemandu.



"Kedua, ia juga menjejas harga makanan, barangan dan perkhidmatan kerana kos pengangkutan dan logistik yang meningkat.



"Ketiga, ia turut mempunyai kesan pada sentimen kerana kos sara hidup yang lebih tinggi menimbulkan keprihatinan tentang kemampuan dan pengurangan kegiatan perniagaan."



Pensyarah kanan perbankan dan kewangan di Sekolah Perniagaan Nanyang, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Siriwan Chutikamoltham, menarik perhatian bagaimana harga minyak yang lebih tinggi kini menjejas kehidupan harian orang ramai.



"Kami sudah dapat melihat kos makanan dan tambang teksi yang lebih tinggi.



"Harga barang keperluan rumah juga lebih tinggi, khususnya bagi barangan yang dibeli di dalam talian, dengan bayaran penghantaran yang lebih tinggi turut dimasukkan dalam harga produk.



"Ini bermakna tanpa pendapatan tambahan, barangan yang boleh dibeli pengguna akan berkurangan," ujar beliau.



Pakar ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira, berkata harga minyak yang meningkat juga mempunyai kesan tidak langsung pada pengangkutan awam.



"Oleh kerana seluruh sistem pengangkutan darat banyak bergantung pada petrol dan diesel, kesan tidak langsungnya adalah terdapat kos rantaian bekalan tambahan yang memberi tekanan pada harga pengguna dan inflasi.



"Walaupun anda tidak menggunakan petrol atau diesel, masih ada kesannya pada inflasi," kata Dr Theseira.



Bagi Cik Siti Khadijah Mohd Zin, 33 tahun, beliau melihat bil elektrik dan air bagi flat empat biliknya di Choa Chu Kang kini bertambah sekitar $30 hingga mencecah $120 sebulan.



"Kenaikan sedemikian mula dilihat sejak hampir empat bulan lalu," ujar ibu tiga anak kecil itu.



Cik Hawa Abdul Rashid, 28 tahun, pula biasanya berbelanja hingga $150 seminggu bagi barangan dapur buat keluarganya.



Penolong pengurus di sebuah syarikat elektronik itu berkata beliau selalunya menggunakan khidmat dalam talian untuk membeli keperluan barang dapur, selain barangan peribadinya sendiri.



"Namun sejak kebelakangan ini, saya perhatikan kos yang saya biasa peruntukkan terpaksa ditambah sedikit, sekitar $30.



"Nampak jumlahnya sedikit tapi dalam jangka masa panjang, ia boleh jadi banyak juga," ujarnya, yang tinggal bersama orang tuanya di sebuah kondominium di utara Singapura.



Menurut pakar dan penganalisis yang dihubungi Berita Harian, orang ramai harus mengambil langkah untuk menangani kenaikan kos itu, termasuk beberapa langkah alternatif.



Pensyarah di Sekolah Perniagaan SUSS, Dr Tan Tsiat Siong, berkata adalah penting pengguna sedar dan menangani jangkaan mereka sedang harga minyak petrol dijangka kekal tinggi.



"Dengan cara ini, mereka akan lebih cenderung mengubah tabiat mereka termasuk memandu kenderaan sendiri, naik teksi dan lain-lain.



"Walau apa pun, tiada cara lebih baik untuk menangani harga yang lebih tinggi ini kecuali mengurangkan sisa, lebih berjimat dan mengurangkan penggunaan," ujarnya.



Bagi Cik Siti Khadijah misalnya, beliau sekeluarga terus mengamalkan tabiat menjimat, lebih-lebih lagi dengan bil elektrik yang terus naik.



"Kami gunakan air wuduk untuk menyiram tandas dan kami juga kurangkan kegunaan alat hawa dingin.



"Memandangkan cuaca agak panas pada masa kini, kami juga elak daripada menggunakan sistem pemanas air," ujar suri rumah itu.




 "Pertama, ia menyebabkan harga petrol turut meningkat bagi pemandu.



Kedua, ia juga menjejas harga makanan, barangan dan perkhidmatan kerana kos pengangkutan dan logistik yang meningkat.



Ketiga, ia turut mempunyai kesan pada sentimen kerana kos sara hidup yang lebih tinggi menimbulkan keprihatinan tentang kemampuan dan pengurangan kegiatan perniagaan."



- Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat.



"Oleh kerana seluruh sistem pengangkutan darat banyak bergantung pada petrol dan diesel, kesan tidak langsungnya adalah terdapat kos rantaian bekalan tambahan yang memberi tekanan pada harga pengguna dan inflasi.



Walaupun anda tidak menggunakan petrol atau diesel, masih ada kesannya pada inflasi."



- Pakar ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira.




KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK



Berikut antara kesan kenaikan menyusuli peningkatan harga minyak:



  • Pengangkutan dan kos penghantaran

  •  Bil elektrik dan air

  • Tambang pesawat

  •  Harga makanan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >