Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ BANTUAN TANGANI INFLASI

Harga minyak naik: Peluang bagi SG alih guna kenderaan lebih cekap tenaga

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



ISU harga minyak petrol yang kian meningkat kini memberi peluang baik bagi Singapura mempercepatkan usaha untuk beralih kepada menggunakan kenderaan lebih cekap tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



"Kita akan melakukan usaha yang terbaik untuk mempercepatkan peralihan kepada kenderaan yang lebih bersih, lebih cekap tenaga, sekali gus mengurangkan pergantungan kita terhadap bahan api," kata Encik Wong dalam sidang akhbar semasa mengumumkan pakej bantuan $1.5 bilion bagi menangani cabaran inflasi di Singapura.



Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian kepada pertanyaan Berita Harian (BH) mengenai usaha untuk menangani harga bahan api dan petrol yang semakin meningkat sekarang ini.



Harga bahan api telah meningkat ke paras tertinggi mencecah $4 buat kali pertamanya baru-baru ini berikutan peperangan yang berlaku di Ukraine.



Encik Wong berkata secara keseluruhannya harga tenaga dijangka terus kekal tinggi tetapi beliau memahami keprihatinan yang dihadapi pemilik kenderaan berhubung kenaikan harga minyak petrol itu, lebih-lebih lagi bagi sesetengah segmen yang lebih terjejas.



Justeru, katanya, pemerintah memperkenalkan pakej tersebut untuk menyediakan bantuan kepada segmen tertentu terutama golongan bekerja sendiri yang bergantung kepada kenderaan untuk menyara kehidupan mereka.



"Menyedari akan kesukaran khusus yang mereka hadapi, kami sedang menyediakan lebih banyak bantuan kepada mereka," tambah Encik Wong.



Di bawah pakej $1.5 bilion itu, pemandu teksi dan kereta sewa yang layak bakal menerima bayaran sekali sebanyak $150 bagi membantu golongan tersebut menangani kesan inflasi.



Pemandu bas combi, limousin dan pekerja penghantaran pula akan menerima habuan $300 tunai.



Bagi melayakkan diri menerima bantuan tersebut, pemandu bas combi dan limousin perlu menjadi anggota Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) sementara pekerja penghantaran pula perlu menjadi anggota Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA).



NPHVA dan NDCA bernaung di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Permohonan bagi bantuan itu perlu dibuat di bawah Skim Bantuan Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE) NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >