Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minyak petrol naik ke tahap rekod seiring pembukaan ekonomi

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



KADAR harga petrol telah melonjak ke tahap rekod, dengan harga minyak yang kian pulih dan duti lebih tinggi.



Selepas perubahan terkini semalam, petrol 95-octane yang popular kini dijual dengan harga seliter antara $2.49 (SPC) dengan $2.54 (Caltex, Shell) sebelum diskaun.



Petrol 92-octane, yang sesuai digunakan oleh kebanyakan kereta tetapi dijual di Caltex, Esso dan SPC pula dijual pada harga antara $2.47 (SPC) dengan $2.50 (Caltex) bagi seliter.



Petrol 98-octane pula dijual pada harga antara $2.98 (SPC) dengan $3.02 (Shell) seliter, sementara harga petrol premium 98-octane adalah antara $3.12 (Sinopec) dengan $3.24 (Shell) bagi seliter.



Diesel pula dijual dengan harga antara $2.03 (SPC) dengan $2.06 (Caltex, Shell) seliter.



Secara keseluruhan, harga-harga itu telah meningkat lebih 15 peratus - atau pada kadar sehingga 35 sen seliter - dalam tempoh enam bulan untuk mencapai harga tertinggi, lapor The Straits Times.



Namun peningkatan itu sederhana, jika dibandingkan dengan harga minyak mentah dan produk minyak yang bertapis.



Menurut Bloomberg, harga minyak mentah Brent telah bertambah 24 peratus kepada AS$73.50 ($100) setong dalam tempoh enam bulan lalu.



Harga gasolin RBOB, yang boleh memberi gambaran harga petrol borong, pula telah bertambah 37 peratus kepada AS$2.26 segelen dalam tempoh yang sama.



Juga, sehingga 15 sen daripada tambahan harga 35 sen di stesen minyak ini disebabkan langkah pemerintah.



Februari lalu, pemerintah menaikkan duti petrol sebanyak 10 sen seliter bagi petrol 92-octane dan 95-octane dan sebanyak 15 sen bagi 98-octane.



Konsultan industri minyak Encik Ong Eng Tong berkata harga minyak mentah telah meningkat sejak Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) memutuskan untuk mengurangkan penghasilan tahun lalu, semasa pandemik.



Namun kumpulan negara penghasil minyak utama itu, baru-baru ini berkata ia akan menggugurkan sekatan itu pada September 2022.



"Banyak negara kini sedang membuka semula (ekonomi) dan ini menyebabkan permintaan bagi minyak bertambah," kata Encik Ong, yang telah bekecimpung dalam industri ini selama 40 tahun.



Menjelaskan mengapa harga di pam minyak tidak naik selaras dengan harga minyak mentah atau produk minyak bertapis, Encik Ong berkata harga minyak borong di rantau ini tidak melonjak seperti di Amerika Syarikat atau di ekonomi Barat lain kerana ada banyak negara di sini yang belum membuka semula ekonomi.



Pakar ekonomi Maybank Kim Eng, Encik Chua Hak Bin berkata harga minyak dijangka stabil selepas tempoh pemulihan ini dengan keputusan Opec untuk menambah bekalan minyak secara beransur juga memainkan peranan.



Bagi pemandu yang menggunakan kereta bersaiz sederhana di sini, harga pam minyak yang meningkat 15 peratus dianggarkan menyebabkan perbelanjaan bagi petrol meningkat $35 sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >