Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minyak petrol naik lagi

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



HARGA minyak petrol naik lagi, kali ketiga dalam masa tiga minggu. Esso syarikat terbaru menaikkan harga petrol dan diesel kelmarin.



Ia mengikuti langkah SPC, Shell dan Caltex Khamis lalu dan Sinopec Selasa lalu, menurut Fuel Kaki, laman pemantau harga minyak petrol inisiatif Persatuan Pengguna Singapura (Case).



Kenaikan itu antara empat dengan lima sen seliter.



Dengan perubahan itu, SPC masih mengekalkan harga terendah sebelum diskaun. Minyak petrol oktana 92 syarikat itu berharga $2.55 seliter.



Harga minyak petrol oktana 95 SPC $2.58 seliter, manakala oktana 98 berharga $3.06 seliter, naik empat sen.



Harga minyak diesel SPC berharga $2.13 seliter.



Shell kekal menjual minyak petrol paling mahal. Harga minyak petrol oktana 95 syarikat itu $2.65 seliter, oktana 98 $3.12 seliter, dan gred khas oktana 98 $3.34 seliter.



Harga minyak diesel Shell berharga $2.18 seliter, sama seperti harga di Caltex.



Selepas mengambil kira potongan harga yang ditawarkan pelbagai jenis kad kredit, harga minyak petrol Shell masih yang tertinggi bagi oktana 95, dengan harga terendahnya selepas potongan harga ialah $2.28 seliter.



Ini disusuli oleh SPC, yang berharga $2.19 seliter, Esso $2.16 seliter dan Caltex $2.15 seliter. Paling murah ialah minyak petrol oktana 95 Sinopec, iaitu $2.03 seliter.



Harga minyak pertrol paling mahal selepas mengambil kira diskaun kad kredit ialah oktana 98 yang dijual Shell, iaitu $3.01 seliter.



Pusingan terbaru kenaikan harga minyak petrol ini didorong harga minyak mentah dan produk ditapis yang lebih tinggi, di sebalik permintaan yang meningkat apabila ekonomi di seluruh dunia bangkit semula daripada pelbagai peringkat sekatan pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >