Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Harga minyak SG naik lagi ekoran krisis di Ukraine

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA syarikat minyak di sini telah menaikkan lagi harga di stesen pam masing-masing antara 3 sen dengan 27 sen seliter sedang harga minyak mentah terus meningkat ke paras tertinggi, ekoran pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Menurut Fuel Kaki, penjejak harga petrol dan diesel yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case), Caltex telah menaikkan harga dieselnya sebanyak tiga sen, dan harga harga petrol sebanyak tiga sen merentas semua gred sejak seminggu lalu.



Esso dan Sinopec telah kekalkan harga sama pada semua harga bahan apinya. Sebelum ini, Esso telah menaikkan lapan sen kepada semua harga bahan apinya, manakala Sinopec telah menaikkan petrol diesel, 95-octane dan 98-octane sebanyak lapan sen dan apa yang dipanggil premium 98-octane sebanyak 21 sen pada 25 Februari lalu.



Shell menaikkan harga dieselnya sebanyak lima sen.



Harga petrol oktana 95 dan 98 Shell juga dinaikkan dengan jumlah yang sama.



Gred premium 98 mereka pula naik 27 sen berbanding seminggu lalu.



SPC tidak mengubah harga pam yang disiarkan tetapi dijangka akan mengikutinya.



Oleh sebab itu, syarikat milik China itu sekali lagi mempunyai harga pra-diskaun terendah di bandar, dengan dieselnya pada $2.31, oktana 92 pada $2.72, oktana 95 pada $2.75, dan oktana 98 pada $3.23.



Shell masih mempunyai harga tertinggi yang dicatatkan, dengan dieselnya pada $2.47, oktana 95 pada $2.90 dan oktana 98 pada $3.39.



Ia tidak menawarkan bahan api oktana 92, yang boleh digunakan oleh kebanyakan kereta di sini.



Pada $3.44 seliter, gred premium Sinopec kini adalah yang paling murah seumpamanya.



Seperti biasa, harga selepas diskaun agak berbeza.



Untuk bahan api oktana 92, SPC mempunyai tawaran terendah sebanyak $2.07 terikat pada kad UOB One.



Esso mempunyai tawaran paling mahal sebanyak $2.21 terikat pada kad DBS Esso bagi gred oktana 92.



Untuk 95 oktana yang popular, SPC mempunyai tawaran terendah sebanyak $2.09 terikat pada kad UOB One.



Shell pula menawarkan harga paling mahal pada gred oktana yang sama dengan harga $2.29 terikat pada kad Citibank Cash Back.



SPC sekali lagi menawarkan harga terendah selepas diskaun bagi gred oktana 98 dengan harga $2.45 terikat pada kad UOB one.



Shell pula paling mahal dengan harga $2.68 yang terikat pada kad Citibank Cash Back.



Bagi gred premium 98 pula, Sinopec menawarkan harga terendah sebanyak $2.55 terikat pada kad OCBC 365.



Harga mahal bagi gred premium sama adalah Shell dengan harga sebanyak $2.86 terikat pada Citibank Cash Back.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >