Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga pam di Caltex dan Shell meningkat

Aug 24, 2022 | 09:44 PM



SETELAH beberapa kali harga minyak diturunkan, harga pam kini mula meningkat dengan Caltex mengambil langkah pertama menaikkan harga diesel sebanyak tujuh sen seliter dan harga petrol sebanyak tiga sen tengahari ini. Peningkatan ini diikuti oleh Shell pada petang ini. 



Perubahan harga ini berlaku kira-kira dua minggu sejak kali terakhir harga minyak diturunkan.   



Menurut Fuel Kaki, penjejak harga pam yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Singapura (CASE), harga Diesel di kedua-dua pengendali itu kini berharga $2.89 seliter, berbanding $2.80 di Sinopec dan SPC, dan $2.81 di Esso. 



Seliter 92-octane berharga $2.83 di Caltex dan $2.80 di Esso dan SPC. 



Kedua-dua Shell dan Sinopec tidak menawarkan 92 - Oktana.   



95 - Octane yang popular berharga $2.88 di Caltex dan Shell, manakala Esso dan Sinopec masih mengekalkan harga $2.85 seliter, dan SPC menjualnya pada harga $2.84. 



Gred 98-octane, yang digunakan oleh minoriti kenderaan di sini, berharga $3.37 di Shell, dan $3.32 di tempat lain. 



Gred 98-octane premium berharga $3,54 di Caltex, $3,59 di Shell dan $3,45 di Sinopec.   



Kenaikan harga minyak mengikuti kebimbangan terhadap pengurangan pengeluaran minyak oleh pertubuhan negara-negara pengeksport petroleum. 



Penanda aras minyak mentah Brent kini meningkat kembali ke arah AS $100 setong, walaupun RBOB gasolin, satu proksi untuk petrol borong masih berharga AS $2,92 segelen.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >